web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Bekas ADUN DAP Sertai Parti Warisan Sabah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 5:47PM

Justin (kiri) dan Calvin (kanan) menyerahkan borang penyertaan keahlian parti WARISAN kepada Shafie di Ibu Pejabat Warisan, Kolombong, Kota Kinabalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang bernaung di bawah DAP hari ini sah menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kedua-dua ADUN berkenaan terdiri daripada Justin Wong Yung Bin (Sri Tanjong) dan Calvin Chong Ket Kiun (Elopura).

Shafie berkata kemasukan kedua-dua ADUN berkenaan ke dalam WARISAN adalah satu petanda positif yang dapat memperkukuhkan lagi parti.

"Kedua-dua ADUN ini telah meninggalkan DAP pada Januari lalu, dan meskipun pada peringkat awal terdapat banyak cerita mengenai mereka akan menyertai parti sana, parti sini, namun kedua-duanya telah menemui saya hari ini dan menyatakan keinginan untuk bersama parti tempatan sedia ada.

"Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, kita perlu perkukuhkan 'local ground' dan mereka sebelum ini (Pilihan Raya lalu) juga bertanding menggunakan logo WARISAN dan ia adalah antara perkara yang saya lihat," katanya.

Sementara itu Justin menegaskan, keputusan meninggalkan DAP dan menyertai WARISAN bukan atas kepentingan peribadi tetapi didorong tanggungjawab untuk memperjuangkan hak Sabah.

Katanya, pertelingkahan dalam parti dan kehilangan hala tuju juga antara sebab beliau meninggalkan DAP kerana percaya ia satu tindakan adil dan bertanggungjawab terhadap pengundi.

Calvin pula berkata, keputusan untuk menyokong parti pembangkang adalah untuk memperjuangkan hak rakyat.

Tambahnya, meskipun bersama pembangkang, beliau akan terus berkhidmat serta bekerja demi rakyat, bukan untuk kepentingan sendiri. - Getaran, 26 Mac 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad