web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Perlu Bijak Selesai Isu MB Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:27AM

Hasni ketika berucap meraikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu. 

Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana dari awal kempen sehingga hari kemenangan PRN Johor, hanya satu nama Menteri Besar disebut iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Johor Datuk Seri Hasni Mohammad. 

Katanya jika ada pihak lain mahu pelantikan Menteri Besar yang baharu, bermakna parti itu harus mampu menguruskan isu ini dengan baik serta memastikan ia tidak menjejaskan kredibiliti parti. 

"Sudah pasti jika beliau (Hasni) tidak dilantik, saya percaya akan ada perselisihan dalaman yang tidak dapat dielakkan sama sekali, kerana para penyokong beliau (Hasni) bertungkus lumus mengekalkan populariti bagi tunggak kemenangan PRN Johor. 

"Lazimnya UMNO akan mampu meleraikan kekusutan ini secara damai dan mengadakan perbincangan secara musyawarah dan saya percaya parti itu tidak akan benarkan isu ini berpanjangan kerana mereka tahu Hasni merupakan seorang tokoh yang berwibawa dan luar biasa," katanya.

Sivamurugan berkata demikian ketika menjadi tetamu 'Ruang Bicara-PRN Johor Selesai, PRU15 Pula Dicanang' terbitan Bernama TV yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, malam tadi. 

Dr Sivamurugan Pandian
Dr Sivamurugan Pandian

Katanya jika ia tidak diselesaikan dengan baik, bermakna pasca-PRN akan ada orang akan mempersoalkan adakah wujudnya kemelut dalaman parti dengan kewujudan nama lain dalam calon Menteri Besar, lebih-lebih lagi apabila hampir dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada minggu ini. 

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid pula berkata selain Hasni, dua nama yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar mempunyai kredibiliti dan kekuatan tersendiri dalam kepemimpinan politik. 

"Antaranya pemenang DUN (Dewan Undangan Negeri) Rengit Datuk Mohd Puad Zakarshi, juga bukan orang baharu dalam UMNO kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam politik dan faham keadaan politik selain ada kelebihannya memiliki doktor falsafah dalam cara analisis yang berlainan.

"Selain itu, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Marchap, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang merupakan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dan cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang mempunyai salasilah keturunan tebal politik serta usianya yang muda selain berpendidikan tinggi dan latar belakang sebagai akauntan. 

"Di situ kita boleh nampak bahawa salasilah, keturunan, pengalaman politik sejak 2006 serta semangat orang mudanya telah dikira ada keyakinan jika Hasni mahu mencadangkan orang muda untuk menerajui pimpinan Menteri Besar Johor," katanya. 

Kelmarin, Hasni dilaporkan akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, namun beliau mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor.

Pada PRN Johor yang berakhir kelmarin, Hasni menang dengan majoriti selesa lebih 5,000 undi mengatasi tiga pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Pada 28 Februari 2020, Hasni sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 18 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad