web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Janji Bekerja Lebih Kuat Balas Undi Rakyat - Arthur

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 2:18PM

Arthur Chiong Sen Sern - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PKR yang meraih kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Arthur Chiong Sen Sern berjanji bekerja lebih kuat untuk membuktikan undi diberikan pengundi kepada beliau tidak sia-sia.

Katanya, beliau akan memulakan gerak kerja hari ini juga demi memperkukuhkan misi dan perjuangan parti.

Walaupun mengakui sedih dengan kekalahan rakan seperjuangan lain pada pilihan raya berkenaan, ia tidak melemahkan semangatnya untuk membela nasib rakyat.

“Terima kasih kepada pengundi dan jentera yang menyokong dan menolong PKR pada PRN Johor.

“Sejak semalam ramai tanya apa perasaan saya selepas menang di Bukit Batu dan rakan lain dalam PKR sudah kalah.

“Sudah tentu saya sedih dan saya hormat keputusan pengundi Johor, namun, ini tidak akan melemahkan semangat perjuangan saya membela nasib rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sen Sern berkata, biarpun meraih kemenangan di Bukit Batu, majoriti diperoleh PKR di DUN terbabit merosot berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, (PRU-14).

Kemerosotan itu, katanya, jelas menunjukkan undi diberikan pengundi kepadanya adalah berkurangan, justeru beliau akan bekerja dengan lebih kuat dan berkhidmat sebaiknya.

Menurut Sen Sern, dalam masa terdekat, beliau akan mengenal pasti lokasi pusat dan pasukan khidmat untuk memberi perkhidmatan terbabit kepada rakyat Bukit Batu.

“Ini termasuk menyelesaikan masalah tempatan di Bukit Batu.

“Sekali lagi saya ingin ucap terima kasih kepada pengundi Bukit Batu,” katanya.

Pada PRN Johor, Sen Sern mendapat 9,417 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) S Suppayah dengan 9,302 undi; calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon (4,011 undi) dan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Lee Ming Wen (1,349 undi) daripada 81 saluran.

Persaingan sengit dan majoriti tipis antara Sen Sern serta Suppayah menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengiraan semula kertas undi yang difahamkan diminta calon BN itu.

Kemenangan tetap berpihak kepada Sen Sern dengan majoriti 115 undi. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran