web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Sempat Tukar Alamat, Ayob Khan Mengundi di Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 11:55AM

Ayob Khan Mydin Pitchay - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mantan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hadir melaksanakan undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) tiba di IPK Johor pada jam 9.35 pagi.

Ketika ditemui media selepas selesai melaksanakan tanggungjawabnya, Ayob Khan berkata, semua proses perjalanan undi awal itu berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ditanya mengapa beliau membuang undi di Johor, Ayob Khan berkata, proses menukar alamat tempat mengundi mengambil masa kira-kira tiga bulan.

“Tidak sempat (tukar alamat). Proses untuk menukar alamat mengambil masa kira-kira tiga bulan. Saya bertukar dari Johor pun belum sampai tiga bulan. Selepas ini saya akan tukar (alamat) ke sana (Kuala Lumpur),” katanya.

Ayob Khan menyandang jawatan Ketua Polis Johor selama kira-kira setahun sepuluh bulan sejak 24 Februari 2020 sebelum kembali ke Bukit Aman dan memegang jawatan Pengarah JSJN.

Kamarul Zaman (kanan) meninjau proses undi awal di di pusat pengundian awal di IPK Johor.
Kamarul Zaman (kanan) meninjau proses undi awal di di pusat pengundian awal di IPK Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, proses pengundian awal pada hari ini berjalan lancar di seluruh negeri.

Katanya, tiada laporan berhubung sebarang salah laku atau insiden diterima pihaknya.

“Hari ini proses pengundian awal seramai lebih 11,500 pegawai dan anggota bertugas di semua 83 saluran pusat mengundi awal.

"Pagi tadi hujan, maka proses pengundian agak perlahan, tetapi selepas itu semakin lancar dan terkawal serta tiada masalah,” katanya.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pegawai dan anggota tentera serta pasangan.

Hari membuang undi PRN Johor dijadualkan pada Sabtu ini. - Getaran, 8 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran