web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, Polis Redah Hujan Demi Undi Awal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 10:10AM

Anggota polis beratur dalam hujan untuk menunggu giliran mengundi di pusat mengundi awal di IPK Johor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ratusan pegawai dan anggota polis terpaksa berhujan demi menunaikan tanggungjawab membuang undi awal di pusat mengundi awal dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mereka yang sudah mula beratur seawal jam 8 pagi, nyata masih setia di dalam barisan biar pun hujan.

Turut sama berhujan adalah pengamal media yang hadir membuat liputan proses mengundi awal yang berlangsung hari ini.

IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran disediakan.

Ayob Khan tiba di pusat mengundi awal di IPK Johor.
Ayob Khan tiba di pusat mengundi awal di IPK Johor.

Bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayon Khan Mydin Pitchay yang turut mengundi awal di IPK Johor tiba pada jam 9.35 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Turut berada di IPK Johor, calon Barisan Nasional (BN) DUN Stulang, Ang Boon Heng dan calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Muhammad Saiful Bahari Sahari yang dilihat sempat beramah mesra bersama pengundi dan memantau perjalanan proses mengundi awal di lokasi itu.

Ang Boon Heng meninjau proses pengundian awal di IPK Johor.
Ang Boon Heng meninjau proses pengundian awal di IPK Johor.

Boon Heng ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi awal di pusat itu.

"Walaupun berhujan, nampaknya semua pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memandangkan kita di IPK Johor, saya yakin di sini keadaan terkawal," katanya.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan.

Hari membuang undi PRN Johor pula dijadualkan pada Sabtu ini. - Getaran, 8 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad