web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beza Pandangan Parti, Namun Niat Sama Mahu Hentikan Kluster Mahkamah - Dian

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 9:18PM

Dian Lee (kiri) berbual dengan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pada ceramah umum MUDA di DUN Tenang, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Walaupun berbeza pandangan parti, kemunculan Tan Sri Lee Kim Yew bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah demi menghentikan ‘kluster mahkamah’ daripada kembali berkuasa. 

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA, Datin Dian Lee Cheng Ling yakin ayahnya tetap berkongsi objektif sama walaupun menggunakan pendekatan berbeza.

Menurut beliau, Kim Yew mempunyai banyak pakatan, di samping sentiasa bersedia untuk membantu apa yang dilakukan demi kebaikan negara dan rakyat. 

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah permulaan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Parti pembangkang sedang bertungkus lumus untuk kesan domino seperti di Negeri Sabah, Sarawak dan Melaka. 

“Kita mesti menghalang ‘kelompok mahkamah’ daripada kembali berkuasa semasa PRU. Dari satu segi, niatnya serupa dengan saya kerana kita cuba membantu membina negara kita, walaupun kaedah kita mungkin berbeza,” katanya kepada Getaran, hari ini. 

Dalam pada itu, Dian Lee tidak terkejut jika ayahnya turut memberi sokongan kepada MUDA kerana mereka percaya dan komited untuk mewujudkan sebuah negara berbilang kaum yang lebih progresif, telus serta inklusif.

Katanya, MUDA diasaskan sebagai parti untuk semua rakyat Malaysia dan membuka keahlian tanpa mengira bangsa, agama, umur dan latar belakang individu.

“Inilah sebabnya mengapa kami memilih untuk ‘crowdfund’ dan mempunyai had pembiayaan politik kerana tidak mahu akhirnya berkhidmat untuk kepentingan segelintir orang,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew bersama Dr Mahathir pada majlis makan tengah hari bersama Ahli Dewan Perhimpunan Cina Ayer Hitam, menimbulkan persoalan adakah taikun perniagaan itu menyertai parti berkenaan.

Ia selepas Kim Yew ketika majlis itu, menggesa masyarakat Cina agar mengundi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PEJUANG, Ulya Aqamah Husamudin menegaskan, Kim Yew bukan ahli parti terbabit seperti yang didakwa. 

Tegasnya, kehadiran taikun perniagaan itu hanya sekadar turun padang bagi memberi sokongan kepada Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG. - Getaran, 4 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad