web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon PEJUANG Puteri Wangsa Komited Bantu Peniaga, Selesai Masalah Setempat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:19PM

Dr Khairil Anwar Razali (kiri) menampal pelekat kenderaan ketika berkempen di kawasan DUN Puteri Wangsa, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Khairil Anwar Razali berikrar menggunakan segala pengalamannya dalam industri keusahawanan untuk membela nasib peniaga di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan peniaga antara golongan paling terkesan ketika pandemik COVID-19, beliau mahu kemudahan tertentu dipersiapkan untuk membela kelangsungan hidup mereka dengan lebih baik.

Menurut Khairil Anwar, selain membantu golongan itu, matlamat beliau untuk bertanding pertama kali pada pilihan raya atas nama PEJUANG adalah bagi memfokuskan masalah setempat di kawasan DUN berkenaan, termasuk isu miskin bandar, banjir, sampah dan kenaikan harga barang.

“Saya lihat PEJUANG boleh menyumbang sesuatu di kawasan Puteri Wangsa, walaupun kami parti baharu, kami sudah mula melihat dan memahami isu masyarakat.

“Hari ini kebanyakan masyarakat hanya ingin melihat makanan atas meja, jadi itu yang kami akan usahakan. Saya sudah merancang beberapa program dalam manifesto saya bagi DUN Puteri Wangsa, termasuk untuk peniaga.

“Antaranya, mewujudkan aplikasi seperti Foodpanda atau hanya untuk peniaga yang beroperasi dari rumah bagi membantu mempromosikan produk mereka,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan program bertemu masyarakat di Taman Mount Austin di sini, hari ini.

Khairil Anwar berkata, sikapnya yang suka untuk terus ke konklusi bagi sesuatu pemasalahan, menyebabkan semua isu dilihat akan sedaya upaya diselesaikannya jika diberi mandat sebagai Ahli DUN Puteri Wangsa.

Jelasnya, beliau menganggap mana-mana calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempunyai matlamat sama, iaitu sebagai rakyat Malaysia yang sama-sama mahu melihat ke mana arah tuju negara pada masa depan.

Bezanya, Khairil Anwar berkata, apabila beliau diberi peluang oleh PEJUANG menggunakan platform PRN Johor untuk membawa sesuatu bagi membantu Malaysia meningkatkan ekonomi, malah menganggap semua pencabarnya mempunyai kelebihan masing-masing.

Pada pilihan raya berkenaan, beliau akan berdepan lima pesaing, iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Amira Aisyah Abd Aziz (Parti Ikatan Demokratik Malaysia), Ng Yew Aik (Barisan Nasional), Loh Kah Yong (Perikatan Nasional) dan Adzrin Adam (Bebas).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengundi muda, beliau berkata golongan itu antara kumpulan didekatinya kerana mereka adalah generasi lapisan akan datang yang akan menerajui Johor, seterusnya Malaysia.

“Pengundi muda terdiri daripada mereka yang sebenarnya adalah generasi lapisan akan datang, jadi mereka perlu ke hadapan, mereka perlu keluar mengundi pada 12 Mac ini untuk menentukan kerajaan kukuh,” katanya. – Getaran, 4 Mac 2022
    

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad