web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon BN DUN Penggaram Positif COVID-19

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 2:15PM

Ter Hwa Kong - Gambar dari Facebook Ter Hwa Kong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kong disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) hari ini.

Sehubungan itu, Ter dalam satu kenyataan berkata semua kempen fizikal melibatkannya dibatalkan serta- merta.

Katanya selepas mengetahui menjadi kontak rapat kepada seseorang yang disahkan positif COVID-19, beliau dan ahli pasukan kempennya menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri.

“Saya turut membuat keputusan segera untuk membatalkan semua program yang telah dijadualkan serta-merta,” katanya sambil menambah akan menjalani prosedur susulan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak terkesan dan meminta individu yang menjadi kontak rapat dengannya pada beberapa hari lepas supaya menjalani ujian saringan COVID-19, sekiranya mengalami gejala.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Penggaram menyaksikan saingan empat penjuru antara Ter dan Sia Wee Yet (PN), Gan Peck Cheng (PH) serta Zahari Osman (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Penggaram dimenangi Gan daripada DAP selepas mengalahkan calon BN, Kang Ben Kuan dengan majoriti 17,205 undian. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95