web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sasar Kepimpinan Berintegriti, PN Lancar #DEMIBANGSAJOHOR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 4:35PM

Muhyiddin (tiga dari kiri) bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) menunjukkan buku Ikrar PN Johor bagi PRN Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN), hari ini mengumumkan lapan tunjang yang menjadi teras dalam ikrar mereka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ikrar PN yang diberi nama #DEMIBANGSAJOHOR itu dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin ketika membacakan ikrar itu berkata, lapan tunjang yang ditekankan PN adalah kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah, keutuhan ekonomi, keutamaan tangani kos sara hidup, keprihatinan kepada rakyat, kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, kerancakan sektor pelancongan serta kelestarian alam sekitar.

“PN menyediakan ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 145 pendekatan.

“Ikrar yang ditawarkan ini bukan retorik semata-mata. Ikrar ini adalah suatu komitmen yang realistik dan praktikal, bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak adalah sebuah kerajaan  berintegriti, cekap dan prihatin rakyat," katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin pada sidang media berkata, ikrar itu adalah janji PN untuk memajukan Johor ke satu tahap yang lebih berjaya sehingga 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, satu jawatankuasa akan dibentuk manakala barisan pakar akan dilantik untuk melaksanakan pelan ekonomi Johor dengan cadangan atau tawaran bantuan kerajaan.

“Kita akan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi Johor kerana negeri ini adalah yang paling terkesan ketika pandemik COVID-19 maka, kita perlu berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk bangkit dan bangun smula,” jelasnya.

Melalui ikrar itu, dinyatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri yang bersih dan cekap mestilah ditunjangi oleh kepemimpinan berintegriti dan bebas rasuah.

PN katanya, akan membentuk kerajaan yang sentiasa mendukung pemimpin berintegriti, bebas rasuah dan menolak penyalahgunaan kuasa.

PN juga jelas beliau, akan memberi tumpuan kepada keutuhan ekonomi dengan menyediakan Pelan Sedekad Ekonomi Johor 2022-2032 yang menyeluruh dan holistik bagi memperkasa masa depan ekonomi negeri.

Selain itu, semua golongan masyarakat, termasuklah belia, wanita, warga emas, orang kurang upaya, masyarakat Orang Asli dan komuniti FELDA akan sentiasa diberikan perhatian di bawah tunjang keprihatinan kepada rakyat.

“PN akan memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk memperhebat generasi pewaris Johor dengan tumpuan kepada penyediaan fasiliti dan teknologi digital serta meningkatkan akses pendidikan kepada semua rakyat, khususnya dalam kalangan keluarga yang memerlukan.

“PN juga akan meningkatkan kecekapan infrastruktur, termasuk pembinaan dan naik taraf jalan serta jambatan, landasan keretapi, pengangkutan awam dan lapangan terbang,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, liputan Internet 5G akan dipercepatkan dan kemudahan hotspot wifi secara percuma disediakan di pusat tumpuan orang ramai, selaras dengan keperluan mendesak internet dalam kehidupan seharian.

“Dua tunjang terakhir ikrar itu menumpukan kerancakan sektor pelancongan Johor dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan kedudukan negeri ini yang kaya dengan keunikan alam semula jadi serta warisan sejarah,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 6 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad