web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertarungan Di DUN Benut Bukan Mudah - Haniff

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 1:59PM

Haniff @Ghazali Hosman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Haniff @Ghazali Hosman yang mewakili PKR menganggap bukan mudah untuk memastikan parti itu menang di kawasan berkenaan.

Beliau bagaimanapun yakin kekuatan yang ada mampu menjadikan DUN Benut terus maju.

“Alhamdulillah, pencalonan pagi tadi  berjalan lancar dan saya yakin sepenuhnya untuk bertanding menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad.

“Kita anggap perkara ini bukan mudah jadi kena bekerja kuat demi memastikan kemenangan PKR,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Anak jati Benut itu berkata, beliau mahu memastikan generasi muda memperoleh peluang untuk menimba ilmu kemahiran sekiranya PKR menang di kerusi tersebut.

“Kalau lihat sekarang, ada segelintir pelajar tercicir pelajaran dan tidak ada peluang pekerjaan. Ilmu kemahiran ini sangat penting, contohnya bagaimana mahu mengendalikan komputer, memperbaiki kenderaan atau telefon bimbit yang rosak.

“Sekurang-kurangnya, selepas tamat belajar, mereka ini dengan berbekalkan kemahiran yang ada dapat bekerja sendiri. Saya juga maklum bahawa di kawasan Benut ini, ada pelajar yang terus berhenti sekolah, kesan daripada pandemik COVID-19,” katanya.

Hanif, 42, yang juga graduan Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dalam Seni Reka Grafik berkata, penglibatannya dalam arena politik bermula lebih 20 tahun lalu ketika zaman Reformasi pada 1998.

Beliau sebelum ini pernah tewas dalam merebut kerusi Parlimen Pontian, menentang Ketua Penerangan BN, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13).

“Saya diamanahkan untuk bertanding di peringkat DUN terlebih dahulu. Kalau ikutkan sebelum ini, calon PRN Benut ialah adik kepada Menteri Besar Selangor, Aziz Shari, tetapi disebabkan lawan atau calon yang diletakkan oleh pihak lawan merupakan orang kuat parti masing-masing, jadi PKR menukar stategi dengan menampilkan saya.

“Ini bersandarkan kepada pengalaman saya bertanding pada PRU-13,” katanya.

Bapa kepada sembilan cahaya mata itu berkata, majoriti penduduk Benut bukan daripada golongan mewah, justeru perubahan dari sudut ekonomi perlu dilakukan.

“Saya memang biasa di Benut, mudah untuk berkomunikasi dengan mereka. Sekiranya menang, saya mahu melahirkan generasi yang lebih maju.

“Antara agenda utama ialah memperbaiki prasarana dan menangani isu banjir yang sering melanda penduduk daerah ini,” kata anak kesepuluh daripada 11 adik beradik itu.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat semua pengundi di DUN Benut menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan memilih pemimpin dikehendaki.

“Benut memiliki 28 ribu pengundi dan populasi tertinggi ialah golongan belia berusia antara 24 hingga 40 tahun,” katanya.

Selain Hasni, Haniff akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid (BERSATU) dan wakil PEJUANG, Iskandar Noor Rahim.

Pengumuman pencalonan keempat-empat mereka dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Benut Mohd Rafi Abdullah.

Pada PRU14 lalu, kerusi DUN itu dimenangi Hasni dengan dengan majoriti 4,447 undi, menewaskan Zulkifly Tasrep (PKR dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS). – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 6 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad