web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon Termuda PKR Tiba Di Pusat Penamaan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 9:58AM

Omar Mokhtar A Manap

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon termuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Omar Mokhtar A Manap, 29, tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi bagi urusan penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, pada jam 9.15 pagi tadi.

Kehadiran Omar Mokhtar dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru muda yang diiringi isteri itu, menyaksikannya antara calon awal tiba di pusat penamaan calon berkenaan.

 “Pagi ini hadir ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bagi urusan Penamaan Calon N37 DUN Johor Lama. Ditemani isteri tercinta.

Moga Allah SWT memberkati usaha ini dan melancarkan segala urusan kita semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Omar Mokhtar berkongsi persediaannya untuk hari penamaan calon dengan membeli sepasang baju Melayu di Plaza Kota Tinggi.
Omar Mokhtar berkongsi persediaannya untuk hari penamaan calon dengan membeli sepasang baju Melayu di Plaza Kota Tinggi.

Semalam, menerusi media sosial sama, Omar Mokhtar berkongsi persediaannya untuk hari penamaan calon dengan membeli sepasang baju Melayu.

“Beli baju untuk penamaan calon di Kedai Kain Kak Shila, Plaza Kota Tinggi,” kongsinya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Omar Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor sebagai antara 20 calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad