web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA, PKR Bertembung Jua

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 6:49PM

Syed Saddiq (tengah) ketika sidang media pengumuman tiga lagi calon akan bertanding atas tiket MUDA pada PRN Johor di Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tetap akan meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang turut ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan itu dimuktamadkan apabila Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan pemilihan Ketua Penerangan MUDA Johor, Rasid Abu Bakar sebagai calon di kerusi berkenaan.

“Berhubung kerjasama dengan PKR, kita sudah cuba menjalankan rundingan demi rundingan, kita juga hormat PKR kerana sudah umum calon di semua 20 kerusi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media memperkenalkan tiga lagi calon MUDA di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata, MUDA tidak mengumumkan calon dan DUN bakal ditandinginya lebih awal kerana menghormati proses rundingan bersama PKR dan berusaha menggunakan saluran yang ada bagi memastikan tidak berlaku pertindihan kerusi.

“Jika ada sekali pun kita sudah cuba mengurangkan pertindihan kerusi semaksimum mungkin dan apabila berlaku, kita akan serahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan terbaik.

“Saya tidak boleh bercakap bagi pihak PKR sama ada kemungkinan akan berlaku sabotaj, tetapi sebaliknya kita akan fokus kepada permasalahan rakyat,” katanya.

Selain DUN Larkin, Syed Saddiq mengumumkan dua calon yang akan bertanding atas tiket MUDA, iaitu R Sangaran di DUN Machap dan Fikri Musa (DUN Parit Raja).

Sangaran adalah Timbalan Pengerusi MUDA Johor, manakala Fikri memegang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa MUDA Johor.

Bagaimanapun, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar masih berteka-teki sama ada beliau juga bakal bertanding pada PRN Johor pada 12 Mac ini.

“Buat masa ini, hanya tujuh kerusi yang akan ditandingi MUDA pada PRN Johor dan kita mahu menampilkan calon MUDA lain yang jauh lebih baik serta layak daripada saya.

“Sekali lagi saya tegaskan MUDA bukan Syed Saddiq, sebaliknya suara anak muda tempatan yang mempunyai hati untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini,” jelasnya.

Empat calon MUDA yang sudah diumumkan sebelum ini adalah Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz yang bertanding di DUN Puteri Wangsa; Pengerusi MUDA Johor, Azrol Rahani (DUN Bukit Permai); Nurafiqah M Zulkifli (DUN Bukit Kepong) dan Lim Wei Jiet (DUN Tenang). - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad