web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peter Tubuh Parti KDM, Lancar 13 Mac Depan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 8:53PM

Peter (dua dari kiri) menunjukkan dokumen pendaftaran parti KDM yang diluluskan ROS sebaik tiba di KKIA, Kota Kinabalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan penubuhan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang bakal dilancarkan 13 Mac depan.

Pengumuman tersebut menjawab spekulasi bahawa KDM berdepan kesukaran untuk mendapat kelulusan.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, KDM telah berjaya didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 18 Februari lalu.

"Ia sekali gus menjawab spekulasi yang mengatakan parti ini tidak dapat diluluskan," katanya, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.

Menurut Peter, KDM adalah sebuah parti berbilang kaum untuk rakyat Sabah dan akan memberi tumpuan kepada penduduk setempat.

Parti ini, katanya, akan memohon untuk bekerjasama dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan komponennya seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). 

"Kerjasama ini penting untuk pembangunan Sabah.

"Kami juga sudah ada senarai barisan kepimpinan parti dan akan diumumkan pada hari pelancaran kelak," katanya.

Antara barisan kepimpinan parti berkenaan ialah Peter sebagai presiden protem, Datuk Juil Nuatim sebagai Timbalan Presiden protem dan Dr Gaim @ James Lunkapis sebagai Setiausaha Agung.

Peter dan Juil sebelum ini meninggalkan WARISAN pada Disember, tahun lalu dan mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti mesra GRS. - Getaran, 21 Februari 2022

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad