web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh PRN Johor Atau Benarkan Kempen Terbuka - PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 5:09PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) meminta kerajaan mempertimbangkan penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 varian Omicron.

Majlis Presiden PH berkata, penangguhan itu wajar dilaksanakan bagi memastikan keadaan krisis berkenaan tidak diperalatkan untuk tujuan politik.

“Majlis Presiden PH memandang serius gelombang COVID-19 dengan varian Omicron yang sudah bermula sehingga mencatatkan 17,000 kes semalam.

“Demi memastikan keadaan ini tidak diperalatkan untuk tujuan politik, maka kerajaan harus pertimbang untuk menangguhkan PRN Johor,” katanya hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan sama, kempen terbuka termasuk ceramah harus dibenarkan sekiranya kerajaan enggan menangguhkan dan ingin memberi kelonggaran, seperti dilaksanakan di negara Barat.

Katanya, apa yang pasti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh tidak boleh dikenakan kerana terbukti gagal sebelum ini.

“PH memberi amaran, kerajaan jangan bersikap ‘mahu membunuh nyamuk, habis kelambu dibakar’ dengan menyalahgunakan penguatkuasaan saman ke atas individu dan perniagaan.

“Sebaliknya, beri fokus kepada pendidikan dan kesedaran untuk menangani cabaran gelombang Omicron ini yang rata-rata bergejala ringan,” katanya.

Pada masa sama, menurut kenyataan itu, Majlis Presiden PH sudah mengadakan mesyuarat berkala semalam, berhubung PRN Johor dan memutuskan bahawa parti terbabit akan menawarkan kempen ‘Johor Bangkit: Maju, Bermaruah’.

Ujarnya, ia merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pemantapan sosial dan reformasi politik yang akan diumumkan sebelum kempen pilihan raya bermula.

Majlis Presiden PH, katanya, turut memutuskan untuk mengadakan siri jelajah penamaan calon parti bagi semua Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi, sejurus nama individu berkenaan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Ini demi menyatakan kesediaan PH menawarkan saf kepimpinan yang mampu membentuk kerajaan negeri lebih stabil dan bersedia membangunkan Johor pasca pandemik,” katanya.

Sementara itu, Majlis Presiden PH berkata, pihaknya mengambil maklum siri libat urus berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti bersama Ahli Parlimen di Parlimen, semalam.

Jelasnya, RUU itu bertepatan dengan hasrat PH dan kerajaan seperti termaktub di dalam Perkara 2.1 Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan parti berkenaan.

Manakala, katanya, Perkara 2.4 menyatakan bahawa RUU itu perlu dibentang dan diluluskan di Parlimen dalam tempoh tidak lewat daripada Mesyuarat Pertama Parlimen, iaitu sebelum atau pada 24 Mac 2022.

“Justeru, Majlis Presiden PH berpandangan bahawa RUU Anti Lompat Parti perlu dilaksanakan seperti difahami di dalam MOU tersebut,” katanya.

MoU ditandatangani pada 13 September 2021 itu mengandungi beberapa persetujuan, antaranya melaksanakan transformasi membabitkan pelan pemulihan COVID-19, pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

2

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: PM Lahir Harapan Untuk Pengundi Awal Pilih PH

4

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad