web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WARISAN Teliti Keputusan Bertanding PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 3:35PM

Mohd Shafie Apdal - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti Warisan (WARISAN) akan meneliti secara mendalam keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau baru sahaja menerima maklumat berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan belum memutuskan sama ada parti itu akan bertanding atau tidak.

Beliau bagaimanapun memberitahu, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sedang meneliti secara lanjut keputusan untuk bertanding pada PRN berkenaan.

“Kita baru sahaja menerima maklumat dan kita akan meneliti perkara ini secara mendalam,” katanya.

Menurut Shafie, beliau juga sudah berhubung dengan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan memaklumkan, WARISAN perlu membuat persediaan rapi jika mahu bertanding.

Shafie berkata, WARISAN mempunyai penyokong sendiri, terutama di beberapa kawasan di Johor.

“Beberapa kawasan seperti Pasir Gudang dan Johor Bahru banyak orang Sabah dan Sarawak, malah kita tidak hanya bergantung dengan rakyat dari Sabah dan Sarawak sahaja.

“Kita akan lihat bagaimana keadaan di sana dan (setakat ini) kita belum putuskan sebab kita baru sahaja menerima maklumat pembubaran DUN dan tidak tahu bila PRN akan diadakan,” jelasnya.

Tambah beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan bila PRN akan diadakan dan beliau akan berbincang dengan Saddiq.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pulau Pinang Umum Pengganti Jawatan Datuk Bandar Minggu Depan

4

Politik 3 tahun yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad