web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Sedia Kerjasama Dengan Mohamaddin, Tumpu Kepentingan Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 1:53PM

Mohamaddin Ketapi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Lahad Datu sedia berkerjasama dengan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang kini bergelar Ahli Parlimen Bebas.

Ketuanya, Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, keterbukaan untuk berkerjasama itu adalah demi kepentingan rakyat di daerah ini.

Katanya, keputusan Mohamaddin untuk meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah kerana beliau hilang kepercayaan kepada pimpinan parti berkenaan.

"Kita beranggapan bahawa beliau menyedari bahawa parti lamanya tidak dapat membantu menangani masalah rakyat di negeri ini.

"Melalui tindakannya, beliau sudah pasti dapat menilai kepimpinan kerajaan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dapat membela nasib rakyat," katanya.

Bagaimanapun Abdul Hakim berkata, setakat ini belum ada perjumpaan atau perbincangan antara BERSATU dan Mohamaddin.

BERSATU jelasnya, sentiasa terbuka jika Mohamaddin ingin berkerjasama demi kepentingan rakyat dan pembangunan kawasan ini.

Dalam pada itu, menyentuh kenyataan Mohamaddin mengenai Segama yang tercicir daripada pembangunan, Abdul Hakim berkata Mohamaddin perlu bertanggungjawab di atas perkara ini.

Tambahnya, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Mohamaddin seharusnya lebih mengetahui setiap aspek berkaitan keperluan dan pembangunan di kawasan tersebut. - Getaran, 31 Oktober 2021

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad