web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: KPM Mohon Sekolah Menengah Dikecualikan Sebagai Pusat Mengundi

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 7:42PM

Radzi Jidin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan Malaysia akan memohon kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar sekolah menengah tidak digunakan sebagai pusat mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ini bagi memastikan kelancaran  perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula dari 2 hingga 29 Mac ini.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada SPR berkaitan perkara itu dalam masa terdekat.

“Saya dapat maklumat dalam beberapa sesi libat urus ada dinyatakan oleh guru-guru bahawa sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat mengundi pada PRN akan datang.

“Secara rasminya, kita masih belum menerima permohonan daripada SPR untuk menggunakan premis sekolah walaupun kita tahu biasanya sekolah akan digunakan dan kami di kementerian sebelum ini telah buat ketetapan seboleh-bolehnya tidak mahu sekolah menengah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas  sesi libat urus bersama warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kota Iskandar di sini, hari ini.

Menurut Mohd Radzi sekiranya sekolah menengah digunakan sebagai pusat mengundi, pelbagai proses berhubung peperiksaan SPM perlu dibuat semula.

“Kita mohon sebaik-baiknya sekolah menengah tidak digunakan sebagai pusat mengundi, untuk sekolah rendah tidak jadi masalah, kerana ini (peperiksaan SPM) melibatkan masa depan anak-anak kita.

“Ini masa yang sukar untuk mereka kerana penyusunan di sekolah telah diatur sebaik mungkin, kita tidak mahu sebarang gangguan terhadap anak-anak dan guru-guru, selain mahu memastikan perjalanan SPM dapat dijalankan dengan baik,” katanya.

SPR telah menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Menurut SPR, sebanyak 1,084 buah pusat mengundi akan digunakan dengan 4,720 tempat atau saluran mengundi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad