web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roziah Mahu Warga UiTM Kerjasama Sebagai Keluarga 

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 1:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Roziah Mohd Janor mahu setiap warga universiti berkenaan bersama-sama menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi terus membawa institusi pendidikan tinggi itu ke hadapan.

Beliau turut mengajak warga UiTM untuk berganding bahu bagi meningkatkan produktiviti mengikut fokus dan amanah kerja masing-masing.

Katanya, warga UiTM diminta menggunakan segala sumber yang ada dengan baik bagi menjalankan tugasan demi kecemerlangan berterusan universiti awam itu.

“Terima kasih kepada semua pasukan Lembaga Pengarah, pengurusan tertinggi, pengurusan kanan, seluruh warga dan alumni UiTM kerana membantu saya menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor selama lima bulan ini.

“Saya sangat memerlukan semua kita terus menjalankan tanggungjawab dan amanah diberikan untuk membawa universiti ini ke hadapan dalam satu Keluarga UiTM,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Roziah berkata, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan masyarakat yang menunjukkan sokongan kepada pemilihannya.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memberikan persetujuan atas lantikan saya. Terima kasih Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kerana memilih saya untuk jawatan Naib Canselor UiTM.

“Tidak lupa terima kasih kepada warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), seluruh Pasukan Naib Naib Canselor, dan Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Awam. Hanya Allah jua yang akan membalas segala kebaikan,” katanya.

Pada masa sama, Roziah mendoakan supaya usaha negara menangani COVID-19 berjaya dicapai, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai tempat yang selamat.

“Saya doakan juga semoga pelajar dapat kembali ke kampus, dan pekerja boleh menjalankan aktiviti sosial serta ekonomi dalam persekitaran selamat,” katanya. - Getaran, 4 September

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad