web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesetengah Aplikasi Grab Tidak Boleh Diakses Pengguna

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:38PM

Pengguna mengalami masalah untuk akses ke dalam aplikasi Grab, pagi tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Grab menyatakan sesetengah khidmatnya tidak boleh diakses pada pagi ini dengan sebilangan pengguna di Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand mengadu bahawa aplikasinya tidak berfungsi.

"Beberapa khidmat kami tidak boleh diakses buat masa ini. Kami sedang menelitinya dan akan memberi perkembangannya apabila aplikasi sudah berfungsi semula," menurut syarikat yang berpangkalan di Singapura itu dalam satu catatan Facebook sekitar 9.00 pagi.

Kenyataan itu juga dimuat naik ke laman rasmi Facebook GrabFood.

Pengguna yang terjejas menulis komen di laman Facebook Grab dari sekitar 8.00 pagi. Mereka berkata tidak boleh mencari lokasi dan membuat tempahan menerusi aplikasi itu.

Sesetengah pengguna juga berkata aplikasi itu bukan sahaja tidak boleh diakses penumpang tetapi juga pemandu yang tidak menerima tempahan.

Grab menyatakan ia sedang mengalami "sedikit masalah teknikal berhubung aplikasi kami" dalam menjawab rungutan pengguna tersebut.

"Jurutera kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membaik pulih aplikasi itu. Harap sabar dan cuba lagi," menurut Grab lagi.

Apabila Mediacorp memeriksa aplikasi itu sekitar 9.00 pagi tadi, peta yang sepatutnya membolehkan pengguna memilih lokasi dan destinasi sebelum membuat tempahan kereta sewa sebaliknya menunjukkan mesej rosak dan maklumat tidak boleh diperolehi.

Mediacorp sudahpun menghubungi Grab untuk mengulas lanjut hal tersebut.

Platform itu beroperasi di lapan negara Asia Tenggara termasuk Kemboja, Malaysia, Myanmar dan Vietnam. - Berita Mediacorp
 

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad