Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kepemimpinan Upaya, Rakyat Sejahtera

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 1:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara pengarang,

Lewat fasa pertama Pergerakan Perintah Kawalan (PKP) 3.0 yang dijadualkan sehingga pertengahan Julai, menyaksikan pelbagai isu berkaitan keselamatan kesihatan, ekonomi, pendidikan, mahupun aktiviti sosial serta politik terus menjadi fokus warga media sosial.

Daripada naratif kayangan dan marhaen sehingga kapitalis serta proletariat, melingkari isu perjuangan dalam mendepani dan mengatasi ancaman COVID-19.

Namun, satu faktor yang perlu diperhalusi dalam semua dimensi tersebut adalah kepemimpinan.

Kepemimpinan ialah daya, kebolehan dan pencapaian seseorang sebagai pemimpin untuk membawa perubahan dan menjalankan pentadbiran yang cekap serta tepat, apatah apabila seseorang itu memimpin sebuah negara.

Dalam pada itu, sokongan terhadap pemimpin juga penting yang sebenarnya bergantung kepada gaya kepimpinannya, sama ada autokratik, demokratik, ‘laissez-faire', transformasi mahupun transaksional.

Persoalan ini yang masih membelenggu pengurusan pandemik oleh elit politik.

Dalam waktu sukar dengan ancaman pandemik COVID-19 ini, kepemimpinan pasti terserlah dan mudah untuk diperhatikan.

Antara tokoh yang menyerlah dalam konteks kepemimpinan pada waktu pandemik ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kepemimpinan beliau dilihat berkesan sehingga mendapat pengiktirafan Anugerah BrandLaureate 2020 dalam Kepimpinan dan beberapa anugerah bagi pihak kementerian serta petugas barisan hadapan.

Adalah amat janggal seorang bekas pegawai kepada seorang Menteri mendesak agar Ketua Pengarah Kesihatan dipecat.

Sebetulnya, Menteri-Menteri yang bertanggungjawab dalam portfolio yang terkait perlu didesak meletak jawatan atau dengan sendiri mengundur diri.

Ambillah contoh yang berlaku di Britain, Australia, Sweden, atau India.

Harus faham perbezaan penjawat awam dan lantikan politik.

Jika ini pun gagal untuk difahamkan, bayangkan bentuk elit politik yang ada dalam sistem politik Malaysia.

Di peringkat negeri, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dilihat mula menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin besar.

Tok Leman, gelaran sering dipanggil kepada beliau, menjadi Ketua Menteri Melaka pada 9 Mac 2020 selepas berlaku badai politik di negeri Melaka.

Enggan dilihat sebagai individu yang hanya memenuhi ruang kosong, Tok Leman terus meletakkan batu tanda sebagai visi dan misi beliau sebagai pemimpin.

Dengan falsafah bidalan Melayu lama ‘rakyat itu umpama akar, Kerajaan bagaikan pohon, tiada akar, bagaimana pohon mampu teguh’ dijadikan asas pentadbiran.

Tiga cabaran besar, iaitu kesihatan, ekonomi dan politik dinakhodai dengan cermat serta hemat.

Dalam aspek kesihatan, purata kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) tertinggi berjaya dicapai sehinggalah kes direkodkan semula, itupun daripada jangkitan orang di luar Melaka.

Cuma, beberapa kes terbaharu yang membabitkan pekerja industri dan perkilangan boleh menambah statistik kes di Melaka yang boleh menjejaskan kepepimpinan Tok Leman, walaupun bukanlah polisi negeri.

Mungkin inilah waktunya, Ketua Menteri menyerlahkan gaya kepepimpinan beliau agar lebih dihormati oleh rakyat negeri Melaka.

Program Bekalan Air Berjadual berjaya diselesaikan dengan segera melalui beberapa inisiatif jangka pendek dan panjang.

Ini sangat menggembirakan rakyat Melaka, Cuma masalah berkaitan banjir kilat yang sering berlaku kebelakangan ini pastinya menggusarkan rakyat Melaka.

Strategi serampang dua mata dengan keseimbangan antara bantuan kepada rakyat dan kelestarian ekonomi negeri dengan 60 inisiatif dirangka dengan baik.

Pastinya Melaka antara negeri paling terkesan dalam sektor pelancongan dan industri pembuatan, tetapi strategi sebegini diharap menjadi panduan, bukan sahaja kepada kerajaan negeri serta agensi, malahan juga kepada rakyat dalam mendapatkan informasi berkaitan bentuk bantuan boleh diperoleh.

Simbiosis sebegini adalah langkah kepemimpinan yang baik dan tidak dilihat sebagai terasing antara elit politik dan masyarakat.

Kestabilan suasana politik di Melaka juga adalah faktor kepada pengurusan pandemik yang baik dan ini dapat dilihat dengan kerjasama serta  pendekatan profesional elit politik Melaka dalam usaha membawa Melaka keluar daripada ancaman gelombang lebih besar yang seharusnya turut dipuji.

Walaupun pastinya ada perbezaan politik, tetapi kepemimpinan Tok Leman dilihat mampu mengurus perbezaan tersebut dengan baik dan manfaatnya, rakyat Melaka itu sendiri.

Kewujudan 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan 84.8 peratus jumlah pendaftaran dan sejumlah 21 peratus sudah menerima dos pertama adalah langkah kanan bagi Melaka dalam usaha mencapai imuniti kelompok, malah mungkin lebih awal.

Yang paling utama ialah keupayaan kepemimpinan ketua menjadi faktor terbesar dalam mencipta semula kesejahteraan rakyat. - Getaran, 24 Julai 2021
 

Penulis adalah Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, yang merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan