Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setahun Baru Bermula, Kenapa Rakyat Rasa Tertinggal?

Kolum Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 11:10AM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membaca pendapat tentang prestasi setahun PMX yang menyambut ulang tahun genap sepurnama mengangkat sumpah hari ini (24 November 2022) dan setahun Kerajaan Perpaduan pada Disember nanti, ada dua pendapat yang berbeza secara keseluruhannya.

Dari kaca mata penganalisis lebih berhati-hati sementara rakyat memang tak puas hati. Mengapa berbeza?

Penganalisis mengambil kira pelbagai faktor bagi mengukur kemajuan setahun itu, seperti Belanjawan 2023 yang menunjukkan peralihan dari pentadbiran Ismail Sabri ke MADANI, sedangkan belanjawan ekonomi MADANI sebenar hanya akan bermula pada tahun 2024.

Sebelum ini juga pelabur luar dan penjawat awam mengambil langkah yang lebih berhati-hati dengan risiko peralihan kuasa secara tebuk atap seperti yang didakwa pembangkang. Hampir setiap bulan diberi tarikh baharu, sehinggalah ada pengundi dalam pilihan raya negeri yang percaya kerajaan akan berubah jika PN menang.

Mitos ini akhirnya lenyap setelah empat ahli parlimen Bersatu mengumumkan untuk menyokong PMX, menghilangkan keyakinan rakyat kepada kemampuan PN untuk menarik sokongan parti lawan seperti yang didendangkan sebelum ini.

Begitu juga dengan selesainya pilihan raya negeri yang memperlihatkan gabungan Perpaduan berjaya menyusun calon dan menyekat kemaraan gelombang fasisme dari mara dan membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang.

Adakah rakyat yang tidak puas hati dengan pentadbiran PMX tak nampak faktor-faktor ini? Pastinya mereka nampak. Tapi mereka ukur dengan dua perkara: kesusahan yang mereka alami dan jangkaan besar mereka terhadap PMX.

Kenaikkan harga barangan global bukan saja dialami di Malaysia, malah jika dilihat secara objektif; keputusan untuk tidak menaikkan harga beras tempatan pada harga RM2.60 jauh lebih murah dari harga serantau, mungkin akan mengakibatkan masalah baharu seperti penyeludupan kerana harga di sini terlalu murah. Akhirnya kita dapati barangan ini makin kurang di pasaran sebaliknya muncul di pasaran gelap negara jiran. Ini kita telah lihat berlaku kepada diesel, gula dan minyak masak berpaket.

Lantas diperkenalkan subsidi bersasar, maksudnya imbuhan kepada tauke kilang akan dihentikan sebaliknya wang tadi disampaikan terus kepada orang miskin.

Hasilnya pada masa depan, harga barang akan naik tapi impaknya kepada penguna yang miskin akan dikurangkan. Kita telah lihat ini berlaku kepada ayam hidup yang ditarik subsidinya.

Inilah perubahan dalam ekonomi MADANI yang kita sedang alami, dan akan lihat lebih banyak lagi selepas ini. Ada perubahan yang kita tidak akan suka, namun ia ubat yang perlu kita telan.

Negara kita sudah terlalu tenat, bertahun-tahun tidak dibaiki sehingga tandas di sekolah dan kuaters kakitangan awam tidak dipulihara. Terlalu banyak yang perlu diperbaharui dan semuanya mahu perhatian segera.

12 bulan telah berlalu. Pelbagai pahit manis dirasai di bawah Kerajaan Perpaduan. Tapi jika dibandingkan dengan 33 bulan yang dulu bila kerajaan tidak formula untuk selesaikan masalah rakyat, apatah lagi tindakan yang terlalu perlahan, ternyata pentadbiran sekarang lebih responsif dan proaktif.

Isu banjir misalnya, kita masih ingat bagaimana mangsa menunggu bantuan sehingga rakyat sendiri perlu ambil tindakan, kini sudah jauh lebih pantas. Malah pembinaan ‘spillway’ bagi mengelakkan banjir di Rantau Panjang, Kelantan yang gagal dibuat dalam tempoh 33 bulan, telah berjaya diselesaikan kurang tempoh 12 bulan.  Malah projek-projek tebatan banjir lain sedang disiapkan.

Namun rakyat mengharapkan keajaiban, penyelesaian total termasuk isu kaum dan agama yang telah berakar sejak penubuhan Malaysia. Ini pada saya perlukan penyelesaian yang menyeluruh kerana membabitkan kepentingan ramai pihak. Kita juga perlu terima yang penjawat awam yang berkhidmat sekarang adalah orang yang sama berkhidmat sebelum ini.

Adakah ini masalah? Tidak. Ini adalah cabaran untuk membina sebuah negara yang bukan saja mempunyai wawasan dan undang-undang yang baik dan adil, lebih jauh lagi mempunyai penduduk yang bertamadun.

Negara sudah di laluan yang betul, mengakui kesilapan lalu dan merencana tujuan yang baharu. Badai pasti akan menguji kita, untungnya kapal ini mempunyai nakhoda yang teguh dan cekap. Pelayaran ini sebenarnya baru bermula dan semua patut bersedia untuk hadapi impaknya.

Marilah menuju kejayaan. – Getaran, 26 November 2023

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicau di  X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM