Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hantar Anak Ke Sekolah Salah, Tak Hantar Pun Salah

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 9:00AM

Tahun Satu dan Dua memulakan sesi persekolahan bersemuka pada 1 Mac lalu

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal minggu ini, media sosial dibanjiri wajah-wajah riang anak-anak kecil bersama ibu bapa mereka pada hari pertama sesi persekolahan 2021.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, hari pertama persekolahan sememangnya akan menjadi kenangan manis yang akan terpahat di ingatan.

Pembukaan sesi persekolan tahun ini amat berlainan, kerana buat julung kalinya, sesi persekolahan bermula secara maya untuk hampir satu setengah bulan sebelum ia dijalankan secara bersemuka.

Jika riak wajah murid-murid Tahun Satu yang menangis mendabik halaman depan akhbar-akhbar tempatan pada tahun-tahun sebelum ini, namun air mata ini jauh tidak kelihatan di wajah si kecil tahun ini kerana masing-masing memakai pelitup muka dan pelindung muka.

Perasaan mendebarkan yang sinonim dengan hari pertama persekolahan juga mungkin tidak begitu dirasai murid-murid kerana sudah biasa melihat rakan-rakan dan guru menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Yang pasti, keputusan untuk menghantar anak-anak ke sekolah secara bersemuka bukannya keputusan yang mudah dibuat oleh ibu bapa.

Takut, gelisah dan runsing adalah antara perasaan yang berlegar di minda tatkala negara masih bergelut dengan ancaman pandemik Covid-19.

Ada segelintir ibu bapa yang telah memulakan petisyen agar sekolah ditutup sehingga kurang dari 100 kes dicatatkan di setiap zon merah.

Bukannya tidak percaya dengan tahap pematuhan SOP di sekolah, tetapi mak bapa mana yang sanggup melepaskan anak mereka berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat?

Ramai murid-murid sekolah yang tinggal sebumbung dengan datuk dan nenek mereka dan ini membuatkan ibu bapa berhadapan dengan dilema yang lebih besar di dalam membuat keputusan yang tepat.

Jika anak mereka dijangkiti, seisi keluarga tertuma mereka yang berusia mungkin turut terjejas.

Capaian internet yang lemah, ketiadaan peralatan belajar dalam talian dan kesukaran untuk anak-anak kecil fokus dalam pembelajaraan secara maya menjadikan pembelajaran secara bersemuka dengan guru dan rakan sebaya lebih efektif.

Apa-apa pun, proses pembelajaran harus diteruskan agar pelajar tidak tercicir.  

Kita juga mungkin tertanya-tanya sama ada guru-guru dan staf sokongan di sekolah mengambil langkah yang secukupnya demi memastikan kesejahteraan anak-anak kita terjamin.

Namun adakah kita sendiri mematuhi SOP sewaktu berada di luar rumah?

Contohnya, adakah pelitup muka yang kita pakai menutup hidung dan mulut atau sekadar membiarkan ia menutup dagu sahaja?

Pokoknya, di era norma baru ini, tanggungjawab kita bukan sahaja kepada anak-anak kita, tetapi kepada rakan-rakan, guru-guru dan kakitangan sekolah mereka.

Janganlah kita mengharapkan pihak sekolah sahaja untuk mendidik anak-anak kita tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keperluan untuk mengelak tempat yang sesak untuk membendung Covid-19.

Pendidikan berterusan di rumah dan kepentingan mengikut SOP serta menjaga kebersihan harus diterapkan kepada anak-anak kita.

Tanggungjawab yang digalas ibu bapa di era norma baru ini sememangya 10 kali lebih sukar dari sebelum ini.

Namun, janganlah kita menunding jari ke orang lain jika kita sendiri mempunyai sikap endah tak endah di dalam melawan pandemik ini. - Getaran, 6 Mac 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan