Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ritual Bersunat Suku Jahut Kaya Dengan Seni Dan Adat

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 3:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni dan adat bersunat suku Jahut yang sarat ritual adalah perayaan terbesar bagi suku orang Asli berfahaman animisme yang mendiami Kampung Penderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Memakan masa selama dua hari, kanak-kanak yang bakal menempuh alam dewasa akan melalui pelbagai ritual adat yang menjadi elemen penting perayaan ini seperti Buka Gelanggang dan Balai, berarak melawat pusara nenek moyang, Malam Memarai, berendam sungai, bersunat, Madah Barang dan Melepas Balai.

Ritual dimulakan dengan upacara Buka Gelanggang & Balai, yang mana tukang gelanggang akan membaca jampi serapah mengelilingi gelanggang di hadapan balai dan peserta akan membawa ayam jantan untuk dikorbankan bagi meminta restu.

Bagi upacara Melawat Nenek Moyang, peserta dihias seperti seorang raja dan dipangku oleh penjaga sepanjang perarakan mengelilingi pusara untuk berdoa supaya anak cucu mereka cepat sembuh selepas bersunat.

Peserta sunat diperkenalkan oleh Tok Mudim. - gambar BERNAMA
Peserta sunat diperkenalkan oleh Tok Mudim. - gambar BERNAMA

Upacara Malam Memarai menjadi upacara yang paling dinantikan peserta dan penduduk kampung kerana selepas peserta sunat diperkenalkan kepada Tok Mudim, tetamu akan dijamu makan malam dan dipersembahkan dengan menari adat peserta bersama wali budak.

Pada hari kedua, seawal jam 7 pagi peserta bersunat akan dibawa ke sungai untuk upacara berendam sungai dengan diiringi tok mudim yang membaca jampi serapah.

Kanak-kanak suku Jahut yang akan disunatkan dibawa ke sungai. - gambar BERNAMA
Kanak-kanak suku Jahut yang akan disunatkan dibawa ke sungai. - gambar BERNAMA
Peserta mandi di sungai. - gambar BERNAMA
Peserta mandi di sungai. - gambar BERNAMA

Ia dilakukan supaya ketika bersunat darah yang keluar sedikit, selain mencuci segala kotoran sebelum upacara bersunat.

Kemuncak kepada ritual ini adalah ketika peserta sunat yang dibaringkan di balai selepas berendam untuk ditepung tawar bertujuan menghalau iblis sebelum dibawa masuk ke anjung yang dibuat khas untuk proses bersunat.

Peserta sunat menunggu giliran. - gambar BERNAMA
Peserta sunat menunggu giliran. - gambar BERNAMA
Sebahagian ahli keluarga peserta sunat. - gambar BERNAMA
Sebahagian ahli keluarga peserta sunat. - gambar BERNAMA

Selepas selesai bersunat, upacara Madah Barang bersama keluarga yang menyertai upacara bersunat akan berlangsung dengan menyediakan buah tangan seperti lembing, ayam, pinang berangkai, sirih, kapur, gambir, cengkih, kelapa dan rokok pucuk kepada tok mudim dan wali budak.

Tok Mudim membaca jampi serapah. - gambar BERNAMA
Tok Mudim membaca jampi serapah. - gambar BERNAMA
Upacara Melepas Balai. - gambar BERNAMA
Upacara Melepas Balai. - gambar BERNAMA

Upacara terakhir ritual sunat suku Jahut ini adalah Melepas Balai dengan tukang gelanggang akan menjampi serapah ke seluruh gelanggang dipercayai menyuruh penunggu pulang ke tempat asal. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China