Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI

Tukang Cuci Bersihkan Sekolah Sebelum Rumah Sendiri

Kisah Kita Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 5:14PM

Tukang cuci sekolah, Rugayah Ahmad @ Ahmat, 54, hari ini membersihkan kesan lumpur pada tangga sekolah disebabkan banjir yang berlaku sejak 26 Disember lalu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah di Kampung Siram. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Atas rasa tanggungjawab terhadap kerjayanya, seorang tukang cuci di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah di Kampung Siram di sini sanggup datang seawal 7 pagi untuk membersihkan sekolah itu yang terjejas banjir sebelum rumahnya sendiri.

Rugayah Ahmad @ Ahmat, 54, yang berkhidmat di sekolah berkenaan sejak 13 tahun lepas berkata menjadi kewajipan buat dirinya untuk membersihkan sekolah itu sebelum sesi persekolahan bermula Selasa ini.

Tukang cuci sekolah, Rugayah Ahmad @ Ahmat, 54, membersihkan kesan lumpur pada cermin tingkap disebabkan banjir yang berlaku sejak 26 Disember lalu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah di Kampung Siram hari ini. – gambar BERNAMA

"Wajib bagi saya untuk selesaikan urusan di sini (sekolah) terlebih dahulu, kemudian baru saya boleh bersihkan rumah sendiri yang terletak kira-kira 500 meter dari sini.

"Peralatan seperti meja dan kerusi mesti dibersihkan terlebih dahulu. Sebelum pelajar kembali, saya mesti pastikan semuanya sudah siap," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Ibu kepada enam cahaya mata itu turut meluahkan rasa sedih kerana menjumpai banyak al-Quran, buku dan barangan milik pelajar rosak akibat banjir yang mencecah paras tingkap bilik darjah.

"Air naik dengan laju tempoh hari, kami tidak sempat selamatkan (barangan berkenaan)," katanya menceritakan keadaan banjir yang melanda kawasan itu sejak Selasa lepas.

Lebih menarik, abang sulung Rugayah iaitu Muhammad Navi, 57, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah sama turut hadir membantu adiknya itu.

Pengawal keselamatan Muhammad Navi, 57, bersama adiknya yang juga berkerja sebagai tukang cuci sekolah, Rugayah Ahmad @ Ahmat, 54, mengalihkan peralatan sekolah yang ditenggelami air disebabkan banjir yang berlaku sejak 26 Disember lalu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah di Kampung Siram hari ini. – gambar BERNAMA

Pengawal Keselamatan Muhammad Navi, 57, memantau keadaan sekitar sekolah yang ditenggelami air disebabkan banjir yang berlaku sejak 26 Disember lalu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah di Kampung Siram hari ini. – gambar BERNAMA

Muhammad Navi yang telah memantau keselamatan sekolah sejak hari pertama banjir berharap air akan surut sepenuhnya sebelum Selasa agar pelajar dapat menuntut ilmu dengan selesa.

"Kalau air terus surut pada kadar sekarang, insya-Allah sekolah ini dapat dibuka semula. Saya harap sempat kerana banyak lagi yang perlu dibuat.

“Kawasan sekolah perlu dibersihkan sebelum ia dibuka. Kebiasaannya akan ada ramai yang datang membantu bila air dah surut," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

7 Tahun Terpisah, Akmal Hadi Gembira Bertemu 'Puteri' Panda Jagaannya Di China