web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jambatan Kaca di Bromo Sudah Siap, Tahap Keselamatan Dipersoal

Kegusaran timbul kerana sebelum ini berlaku tragedi yang melibatkan jambatan kaca lain sehingga mengorbankan nyawa.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 12:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tarikan terbaharu di Gunung Bromo, jambatan kaca yang terletak di kawasan rehat Seruni Point sudah pun siap pembinaannya, namun ia masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan Indonesia untuk dilancarkan dan dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun, tahap keselamatan jambatan ini menjadi kegusaran ramai memandangkan sebelum ini berlaku insiden yang tidak diingini melibatkan sebuah jambatan kaca setinggi 15 meter di kawasan pelancongan, The Geong di Banyumas, Jawa Tengah pada Oktober 2023.

Insiden yang videonya tular di platform media sosial itu melibatkan empat orang pelancong, dengan seorang daripada mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.

Sebelum ini, pihak pentadbiran di kawasan itu mengatakan, orang ramai tidak perlu takut untuk melalui jambatan ini kerana pembinaannya berkualiti dan material yang digunakan sama sekali berbeza dengan yang digunakan di Banyumas.

Lantaran itu, mereka berharap apabila ia dibuka secara rasmi nanti, orang ramai tidak beragak-agak untuk melawat bagi menikmati keindahan landskap yang mempesona.

@sandiuno.official♬ original sound - Sandiaga Uno

Berikut fakta menarik tentang jambatan kaca ini:

Jambatan Kaca Seruni Point ini mendapat jolokan bakal menjadi primadona baharu bagi pelancong yang berkunjung ke Gunung Bromo.

Pelancong dan pengunjung dijanjikan permandangan keindahan alam sekitar pergunungan di situ yang boleh dinikmati dari atas jambatan kaca berkenaan.

1. Jambatan yang berada di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ini sepanjang 120 meter dengan lebar 1.8 meter dan dibina merentasi jurang berkedalaman 80 hingga 100 meter.

2. Dalam satu-satu masa ia boleh menampung 100 orang sekali gus, dan ia menghubungkan antara kawasan pelancongan Seruni Point dengan kawasan pemandangan Gunung Bromo, Gunung Batok dan Gunung Semeru.

3. Sistem struktur lantai jambatan gantung ini menggunakan kaca berlapis yang terdiri daripada dua kepingan kaca atau lebih, yang dilekatkan satu sama lain dengan menggunakan satu atau lebih lapisan laminasi dengan ketebalan 2,555 mm.

4. Struktur jambatan juga dilengkapi dengan double protection steel supaya lebih tahan terhadap karat.

5. Pengunjung hanya diberikan masa selama 30 minit untuk berada di atas jambatan kaca itu.

Adakah anda salah seorang yang ingin mencubanya? – Getaran, 10 Januari 2024

Foto : https://radarbromo.jawapos.com/ dan Kementerian PUPR Indonesia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia