web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Glamping Mewah Tarikan Terbaharu di Chiang Rai, Thailand

Visama Mae Chan, kawasan perkhemahan yang mempromosi kehidupan masyarakat di Chiang Rai sudah dibuka kepada orang ramai pada 1 Disember lalu

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 4:15PM

gambar Visama Mae Chan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kawasan perkhemahan atau glamping bertaraf lima bintang, Visama Mae Chan di Chiang Rai pada 1 Disember lalu. Bertepatan dengan kedudukannya di utara Thailand, ia bertujuan mempromosikan budaya masyarakat yang mendiami wilayah utara negara itu, iaitu Lanna. Pada masa sama, ia turut menyokong badan kebajikan yang membela nasib gadis yang tinggal di kawasan bukit-bukau berkenaan.

Menawarkan 10 khemah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serba mewah, ia menjanjikan pengalaman percutian yang holistik dan mengasyikkan. 

Setiap tetamu yang bermalam di sini akan menikmati aktiviti kebudayaan berlatarkan alam semula jadi, selain hidangan kulinari mewah Thai utara yang menggunakan bahan organik dari ladang yang terletak bersebelahan, dan dimanjakan dengan layanan penuh mesra.

Terdapat empat jenis khemah yang ditawarkan dan setiapnya mengambil sempena nama suku kaum di situ seperti ‘Akha, ‘Yao, ‘Lahu’, dan ‘Lisu’. Kesemua khemah mewah dibina diatas pelantar berukuran  yang terletak 48 hingga 80 meter persegi di kawasan persekitaran bukit yang mendamaikan.

Ia turut dilengkapi binaan beranda yang luas iaitu antara 12 hingga 20 meter persegi. Namun, jika anda bercuti bersama keluarga, khemah dengan dua bilik tidur boleh dijadikan pilihan.

Mengenai kemudahan yang disediakan, ia termasuklah pendingin hawa, telefon, mesin espreso, penapis kopi Perancis (press coffee pots), WiFi, pancuran mandian, peti deposit keselamatan, peti sejuk, jubah mandi dan seliparnya, tab mandi dan perkhidmatan concierge 24 jam.

Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang percutian. Ini bermakna, tetamu tidak akan berasa bosan. Lainlah jika anda sememangnya mahu bermalas-malasan di bilik. Antaranya, membuat tembikar, melukis, berkelah, bengkel seni dan kraf, kelas memasak dengan resipi Lanna-Thai, menanam pokok, sesi terapi badan dan minda, dan tidak ketinggalan rawatan spa yang mengasyikkan. 

Jika ini semua masih tidak mencukupi, tetamu boleh teruskan pengembaraan dengan mengikuti lawatan peribadi ke tarikan warisan seperti Muzium Candu, Doi Mae Salong dan Kuil Putih yang mempesonakan secara estetik di Chiang Rai.

 “Apa yang membezakan Visama Mae Chan adalah keupayaan kami untuk mengisi pengalaman mengasyikkan dan meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan oleh tetamu, komuniti setempat dan alam sekitar,” ujar pengasas bersama, Mark Remijan.

Tarikan utama penginapan terbabit terletak pada ‘The Ambalama’. Ia adalah tempat untuk tetamu berhimpun bagi mendengar kisah sejarah oleh individu yang dipilih khas yang tahu mengenai sejarah kawasan itu, termasuk penulis buku.

Satu lagi fakta yang anda perlu tahu, penginapan mewah ini juga didirikan untuk tujuan komuniti. Ia menyokong Yayasan Friends of Thai Daughters, yang bertujuan membanteras kegiatan pemerdagangan kanak-kanak dengan memperkasakan gadis daripada komuniti suku bukit. 

Oleh itu, peluang pekerjaan di sini turut terbuka kepada gadis-gadis puak bukit dan setakat ini tiga gadis dari yayasan itu bekerja di glamping berkenaan.

Dalam pada itu, Visama Mae Chan juga ada menganjurkan pasar tani yang dibuka kepada orang ramai. Sebahagian daripada hasil jualan disalurkan ke puak itu, begitu juga dengan pendapatan daripada aktiviti penanaman pokok yang ditawarkan kepada tetamu.

 "Kami menyasarkan untuk memberikan pendapatan langsung, latihan vokasional dan faedah kemampanan kepada komuniti setempat. Visama Lodge juga akan melibatkan diri secara proaktif dalam pemuliharaan alam semula jadi dan promosi budaya Lanna tempatan,” ujar Christopher Stafford, pengasas bersama penginapan ini.

Untuk makluman, individu yang berkhidmat dengan kem itu memiliki pengalaman luas dan reputasi baik dalam mengendalikan pelbagai penginapan yang pernah memenangi anugerah seperti Cardamom Tented Camp Ecolodge di Kemboja, Anurak Community Lodge di Selatan Thailand, dan 137 Pillars Hotel di Chiang Mai, juga di utara Thailand.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh melayari https://maechan.visamalodges.com/ - Getaran, 7 Januari 2024

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia