web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Diraja Ubudiah Kebanggaan Rakyat Perak

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 10:02AM

Pemandangan dari udara Masjid Diraja Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kubah emas, yang berkilat dipanah cahaya matahari, menjadi ciri utama Masjid Diraja Ubudiah iaitu masjid di Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Perak.

Simbol kebanggaan umat Islam di negeri itu, masjid berkenaan yang terletak di Bandar Diraja juga antara destinasi tarikan pelancong ke Perak.

Keunikan masjid berkenaan dengan kubah dan menara bersadur emas sememangnya mengenengahkan seni bina Islam di negara ini.

Masjid berkenaan yang terletak berdekatan Istana Iskandariah, dikatakan dibina selepas Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I bernazar akan membina sebuah masjid apabila pulih daripada penyakit dihidapi baginda.

Masjid Diraja Ubudiah adalah antara hasil senireka arkitek Arthur Benison Hubback, yang turut bertanggungjawab terhadap pembinaan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. - gambar BERNAMA
Masjid Diraja Ubudiah adalah antara hasil senireka arkitek Arthur Benison Hubback, yang turut bertanggungjawab terhadap pembinaan Masjid Jamek di Kuala Lumpur. - gambar BERNAMA

Dipengaruhi ciri-ciri Indo-Saracenic dalam seni bina Mughal, Masjid Diraja Ubudiah direka bentuk oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, Arthur Benison Hubback dan mula dibina pada 1913.

Selain masjid berkenaan, Hubback juga bertanggungjawab terhadap pembinaan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, di Kuala Lumpur.

Selepas pembinaannya tergendala ekoran batu marmar yang dibawa dari Itali pecah dipijak dua ekor gajah milik Sultan Idrisl Murshidul Adzam Shah I dan Raja Chulan.

Perang Dunia Pertama yang turut membabitkan Itali ketika itu pula melambatkan proses penggantian batu marmar berkenaan.

Masjid Diraja Udiah hanya selesai dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada 1917 dan kemudian berfungsi sebagai masjid negeri.

Perkarangan masjid berkenaan turut menempatkan Makam Diraja.

Perkarangan Masjid Diraja Ubudiah juga menempatkan Makan Diraja. - gambar BERNAMA
Perkarangan Masjid Diraja Ubudiah juga menempatkan Makan Diraja. - gambar BERNAMA

Bagaimanapun, fungsinya sebagai masjid negeri bertukar selepas Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, dibina dan dijadikan masjid negeri. – Getaran, 4 Disember 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia