Berita Terkini

8 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ramadan Di Hong Kong, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman

Singkapi pengalaman rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan di Hong Kong.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti umat Islam di seluruh dunia, 300,000 umat Islam di Hong Kong menjalankan ibadah di bulan suci Ramadan. Sebagai sebuah bandar yang menghargai kepelbagaian, Hong Kong menyediakan banyak pilihan lokasi selera dan kedai halal untuk umat Islam dan pelancong tempatan. 

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Hong Kong, anda pasti tahu kota metropolitan ini mempunyai empat masjid besar iaitu Masjid Kowloon, Masjid Al Ammar, Masjid Jamie dan Masjid Chai Wan, serta tempat ibadat yang lebih kecil.  

Amalan biasa bagi masyarakat Islam pada bulan Ramadan termasuk berkumpul untuk solat Tarawih khusus di masjid, berbuka puasa bersama di masjid di mana para jemaah akan membawa makanan dan barang keperluan untuk dikongsi di kalangan masyarakat. 

Namun segalanya telah berubah sejak pandemik COVID-19 bermula. Segalanya tidak sama seperti dahulu. Menurut Ketua Imam di Hong Kong, Muhammad Arshad, pemandangan Ramadan di Hong Kong telah berubah sejak pandemik melanda tahun lalu. 

Masjid telah ditutup pada kira-kira pertengahan Ramadan pada tahun lalu. Bahkan, jemaah juga dikehendaki menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka ketika berada di masjid sebagai langkah berjaga-jaga. 

Menurut beliau lagi, Ramadan tahun ini juga amat berbeza dengan tahun-tahun terdahulu. Tiada majlis berbuka puasa dianjurkan, tiada jemaah untuk solat sunat Tarawih.

“Walaupun kami masih mengerjakan solat Tarawih, langkah-langkah penjarakan sosial dan keselamatan masih dilaksanakan, kami juga tidak mengadakan majlis berbuka puasa seperti tahun-tahun terdahulu di mana para jemaah akan membawa makanan dan minuman untuk dikongsi dengan masyarakat.”

“Sebelum pendemik melanda, terdapat perhimpunan setiap malam seramai kira-kira 1,500 hingga 2,000 orang di Masjid Kowloon sahaja, tapi kini kami hanya solat dengan kakitangan masjid,” ujar Muhammad Arshad.

Imam Muhammad Arshad
Imam Muhammad Arshad

Selain masjid, pandemik juga telah memberi kesan kepada kedai makanan halal di Hong Kong. Jika dahulu ia sesak dengan kehadiran umat Islam yang mahu berbuka puasa, kini ia sunyi kerana ramai yang lebih selesa untuk menikmati hidangan berbuka puasa di rumah masing-masing.

Salah satu restoran muslim yang terjelas dan terpaksa mengubah strategi perniagaan mereka di bulan Ramadan ialah Restoran Ma. Restoran Cina halal ini cukup popular di kalangan umat Islam, sama ada di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah Mi Daging Lembu Shanghai, sup pedas, stew daging anak lembu dan pelbagai pilihan dim sum.

Dengan perkembangan semasa ini, bagaimana agaknya rakyat Malaysia yang beragama Islam di sana menjalani ibadah puasa mereka? Adakah sebarang kesukaran yang mereka hadapi? Jom baca pengalaman dua individu ini.

Anisha Parvin

Peminat restoran Ma di Sham Shui Po, Anisha Parvin dari Malaysia baru-baru ini memesan dim sum dari Restoran Ma untuk berbuka puasa bersama suami dan kedua anaknya. 

Sejak berpindah ke Hong Kong 12 tahun yang lalu apabila dia mengahwini suaminya, seorang warganegara Hong Kong, Anisha telah beberapa kali menjalani ibadah Ramadan di Hong Kong, kerana dia tidak dapat pulang ke Malaysia setiap tahun.

Mengenang kembali masa lalu, Anisha teringat bahawa sebelum pandemik melanda, Masjid Kowloon di Tsim Sha Tsui memberikan makanan percuma pada bulan Ramadan; mereka menyediakan bubur panas, samosa dan jus pada waktu berbuka. Ia akan menjadi sangat sesak dan orang ramai pergi lebih awal untuk mengambil makanan mereka.

“Kadang-kadang, kami pergi ke Masjid al Amar di Wan Chai untuk berbuka puasa. Sepanjang 30 hari Ramadan, mereka menawarkan makanan percuma kepada umat Islam untuk berbuka puasa,” ujarnya mengimbas kembali. 

Selain daripada dim sum dari Restoran Ma, Anisha juga sering mengunjungi Pusat Kantin Islam di Masjid al Amar untuk menikmati dim sum sebelum berlakunya pandemik. Kini, Anisha dan keluarganya lebih sering berbuka puasa di rumah. 

“Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, ketersediaan makanan dan bahan halal telah meningkat dengan ketara. Sekarang, kami boleh dapatkan banyak barangan halal dari Malaysia atau Indonesia, jadi kami boleh memasak semuanya dengan mudah di rumah," cerita Anisha lagi.

Anisha dan keluarganya biasanya mendapatkan ayam dan daging merah halal mereka di pasar Tsim Sha Tsui, dan ikan serta sayur-sayuran mereka dari pasar Tseung Kwan O atau pasar Sheung Tak. 

Muzzil Qayyum Khairat

Rakyat Malaysia Muzzil Qayyum Khairat berkongsi bahawa dia sering mengunjungi kedai makanan dan minuman halal di seluruh Hong Kong apabila beliau berpindah ke Hong Kong untuk bekerja pada tahun 2019. 

Terdapat beberapa tempat makan halal di seluruh Hong Kong tetapi makanan Cina halal yang terkenal (berbanding dengan makanan halal Turki atau Asia Selatan) adalah makanan Islam di Bandar Kowloon dan Pusat Kantin Islam di Wan Chai. 

Muzzil Qayyum Khairat
Muzzil Qayyum Khairat

“Saya pernah membawa seorang rakan bukan Islam untuk makan di kantin di Wan Chai dan beliau berkata ia antara dim sum yang terbaik di bandar, apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan untuk dim sum,” katanya mengimbas kembali.

Sebagai seorang yang aktif dan mementingkan kesihatan, Muzzil biasanya memasak makanan sendiri. 

“Saya mendapatkan daging halal dari kedai runcit halal di Cheung Sha Wan atau Sham Shui Po yang sering saya kunjungi sejak tahun 2019,” kata Muzzil.

Walaupun bahan makanan dan restoran halal senang dijumpai di seluruh Hong Kong, Anisha and Muzzil masih merindui Malaysia kerana Ramadan dan raya adalah sambutan sekeluarga dan keluarga kedua-dua mereka masih berada di Malaysia. 

Pandemik atau tidak, oleh kerana mereka berada jauh dari rumah, baik Anisha mahupun Muzzil sering melakukan panggilan video dengan keluarga di Malaysia sepanjang bulan Ramadan, dan sudah semestinya pada raya pertama.

Kisah kedua-dua individu ini dikongsikan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) yang berusaha untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan Mesra Muslim. Sempena Ramadan ini, HKTB bekerjasama dengan portal pelancongan Muslim terkenal, Have Halal Will Travel (HHWT) bagi meraikan musim perayaan dengan umat Islam di seluruh wilayah ini. 

Menerusi kerjasama ini, pelbagai aktiviti dianjurkan secara maya, termasuklah cerita mengenai umat Islam meraikan Ramadan di Hong Kong, rancangan memasak yang menampilkan resipi hari raya bertema khas Hong Kong dan bazar ramadan dalam talian.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati Discover Hong Kong dan Hello Ramadan. - Getaran, 6 Mei 2021  

Semua gambar: Ihsan Discover Hong Kong

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 minggu yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 3 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN