Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Lokasi Menarik Di Gombak Untuk Sesi Riadah Seisi Keluarga

Jelajahi permata tersembunyi di Gombak, Selangor yang mungkin ramai tidak tahu.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Daerah Gombak pada dasarnya merupakan bandar satelit yang bersempadan dengan ibu kota Malaysia, di samping kawasan sempadan yang lain seperti Rawang dan Batu Arang.

Bukan sekadar bandar di pinggiran Kuala Lumpur, ramai yang tidak tahu sebenarnya daerah ini menawarkan pelbagai lokasi menarik yang boleh anda kunjungi. 

Namakan sahaja, semua yang anda cari ada di sini. Dari tarikan alam semula jadi, sehinggalah ke bangunan budaya atau moden, semuanya boleh didapati di daerah ini. 

Nah, kami titipkan 10 lokasi menarik untuk anda jelajahi di Gombak bersama seisi keluarga, seperti yang tertera:

1 – Nikmati sarapan pagi di Restoran Teratak Nogori 

Mulakan hari dengan menikmati hidangan sarapan yang enak seperti Nasi Lemak dan Lontong di Restoran Teratak Nogori yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Daerah ini sering dikunjungi, baik penduduk setempat malah pelancong domestik dari daerah atau negeri lain kerana kemasyhuran sarapan paginya. 

2 – Terokai Air Terjun Kanching yang menakjubkan

Buat anda si pengembara, jangan lepaskan peluang mandi-manda air terjun di Taman Eko Rimba Kanching. Berada di antara Rawang dan Kuala Lumpur, anda akan dibawa ke tujuh tingkat air terjun yang dikelilingi pemandangan alam yang menakjubkan. Mahu tahu rahsia? Air terjun di tingkat dua dan tiga sangat terkenal di sana. 

3 – Lawatan ke Zoo Negara

Siapalah yang tidak mengenali Zoo Negara? Ditubuhkan pada 1963, terdapat lebih daripada 476 spesis haiwan yang boleh anda saksikan di Zoo Negara. Selain menjadi lokasi untuk melihat hidupan liar dari serata dunia, Zoo Negara juga menawarkan pakej sukarelawan dan penempahan acara jika anda mahu melangsungkan apa-apa majlis di sini. 

4 – Makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant

Singgah juga ke Restoan Coca Seafood untuk sesi makan tengah hari. Restoran ini terkenal dengan mee kari bersaiz besar. Ia sangat terkenal di kalangan penduduk setempat dan pelancong yang berkunjung ke Gombak. Hidangan istimewa ini disajikan dengan  pilihan menu sampingan seperti ayam kari yang pastinya meliurkan. 

5 – Bersiar-siar di Batu Caves 

Apakah makna sebuah pengembaraan ke Gombak tanpa berkunjung ke Batu Caves? Umum mengetahui, lokasi pelancongan ini sangat terkenal dan sering dikunjungi pelancong dari serata dunia. Ia adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India. Malah, perayaan Thaipusam terbesar di Malaysia diadakan di Batu Caves pada setiap tahun. 

6 – Rasai debaran adrenalina Gua Damai Extreme Park

Gua Damai Extreme Park terletak hanya berhampiran dengan Batu Caves. Ia menawarkan aktiviti-aktiviti lasak, rekreasi dan liburan eko untuk hiburan seisi keluarga. Terdapat juga pelbagai tahap pendakian untuk memenuhi keperluan setiap peminat sukan, sama ada pemula mahupun profesional. 

7 – Terpesona di Muzium Orang Asli

Sekiranya anda ingin mempelajari tentang sejarah Gombak, Muzium Orang Asli adalah lokasi sesuai untuk dikunjungi. Bersiar-siarlah di sekitar muzium ini untuk mengetahui sejarah dan saksikan aneka artifak kuno dari masyarakat Orang Asli yang menetap di Gombak sejak zaman berzaman. Terdapat juga galeri pameran serta dewan teater mini. 

8 – Singgah di Durian Cendol @ Mel’s Corner Batu Caves

Setelah penat seharian menjelajahi Gombak, pastikan anda singgah ke Mel’s Corner bagi merasai cendol durian paling beraroma di daerah ini. Dengan hanya RM20, anda boleh menikmati semangkuk cendol bersama ais krim yang nyaman. Pastikan anda memeriksa senarai harga secara atas talian terlebih dahulu kerana harganya berubah bergantung pada musim durian. 

9 – Berbelanja di gedung pasar raya di sekitar Gombak

Membeli-belah adalah salah satu sesi terapi terbaik semasa mengembara. Terdapat banyak pusat membeli-belah di daerah ini. Antaranya Melawati Mall, Setapak Sentral, M3 Shopping Mall, Selayang Mall dan paling terbaru, KL East Mall. Tidak perlu ke pusat bandaraya Kuala Lumpur, dapatkan pengalaman membeli-belah terbaik di Gombak!

10 – Makan malam di Wira Seafood Ikan Bakar

Untuk makan malam pula, pastikan anda menjamu selera di restoran makanan laut yang terkenal di Taman Sri Gombak! Wira Seafood Ikan Bakar menawarkan pelbagai jenis menu makanan laut yang enak. Antaranya nasi lemak ikan bakar dan kerabu yang terkenal di restoran ini! – Getaran, 15 April 2021

Semua gambar : TOURISM SELANGOR

Sorotan

1

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

2

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

3

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

4

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

5

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

6

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki