web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teroka Keindahan KL Waktu Malam Dengan Bas Hoho

Mahu melihat Kuala Lumpur pada waktu malam tetapi tidak mahu memandu atau jalan kaki? Cubalah Bas Hoho.

Jelajah Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 8:45AM

Gambar: Shafiq Hashim, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika Kota London mempunyai double decker bus, Sydney terkenal dengan hop on hop off bus tour, Bandaraya Kuala Lumpur pun tidak ketinggalan mempunyai bas dua tingkat untuk pelancong tempatan mahupun luar negara menikmati pemandangan di sekitar kota metropolitan ini.

Seperti bandar raya utama di luar negara, penggunaan perkhidmatan bas yang lebih sinonim dengan panggilan double decker itu menjadi pengangkutan popular bagi pelancong bersiar-siar dan melawat tempat menarik sekitar bandar raya ini untuk mengelak masalah kesesakan yang tidak berkesudahan.

Beroperasi sejak 14 tahun lalu, KL Hop-On Hop-Off (HOHO) dengan bumbung yang terbuka memberikan peluang kepada penumpang mengambil gambar pemandangan serta memerhati gelagat penghuni kota dari sudut 360 darjah.

Bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dua kali dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini awal tahun lepas, telah merencatkan sektor pelancongan sekali gus tempiasnya turut menjejaskan operasi  bas yang dikendalikan oleh Elang Wah Sdn Bhd ini. 

Pengarah urusannya, Syed Azhar Syed Nadzir berkata sebelum ini operasi bas itu terpaksa dihentikan sementara ekoran pelaksanaan PKP, namun ia kembali dibuka sejak 1 Mac lalu dengan tumpuan kali ini lebih diberikan kepada pelancong tempatan ekoran sempadan negara yang masih ditutup.

Gambar: Shafiq Hashim, Bernama
Gambar: Shafiq Hashim, Bernama

“Kali ini kami menumpukan promosi perjalanan pada waktu malam kerana suhu lebih nyaman dan pemandangan lebih menarik berikutan faktor cuaca panas ketika ini selain kekangan kerja pada waktu siang.

“Antara tempat bersejarah dan menarik yang dilawati ialah Pintasan Saloma, Menara Kuala Lumpur, River of Life, Istana Negara, Dataran Merdeka, Little India, Petaling Street dan Pasar Seni,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya inilah waktu yang paling sesuai untuk pelancong tempatan menggunakan perkhidmatan itu memandangkan sebelum ini bas itu sentiasa dipenuhi oleh pelancong asing.

Syed Azhar berkata selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan jangkitan COVID-19, pihaknya turut mengambil langkah melakukan operasi sanitasi setiap ruang dalam bas, menyediakan pengimbas suhu dan penumpang harus memakai pelitup muka sepanjang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas HOHO beroperasi sepanjang hari dengan mengenakan bayaran RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak untuk perjalanan pada waktu siang, manakala RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak untuk perjalanan waktu malam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi