web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Levi’s X Pokémon: Nostalgia Stail Era 90-an

Animasi kesukaan anda. Denim kegemaran anda. Meraikan 25 tahun Pikachu!

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kala mengimbau barisan ikon 90-an, sukar untuk membayangkan sesuatu yang lebih besar daripada Pokémon. Bilang sahaja, siapa yang tidak mahu menyertai kembara Ash, Misty, dan Pikachu? Lagi-lagi ketika mereka meneroka dunia Pokémon yang penuh berwarna-warni?

Nah, bagi meraikan ulang tahun ke-25 Pokémon, Levi’s hadir dengan koleksi Levi’s x Pokémon – penuh ceria, comel dan mengambil inspirasi era 90-an. 

“Seronok bila mendengar ramai yang berkongsi cinta mereka terhadap Pokémon. Masing-masing punyai watak kegemaran mereka.”

“Koleksi hebat ini memberi penghormatan serta meraikan dunia Pokémon dan ia sesuatu yang amat menarik apabila Levi’s dapat menggabungkan sejarah dan ikon.”

“Levi’s x Pokémon menimbulkan nostalgia dan rasa optimistik, dengan sedikit unsur eskapisme,” ujar Karyn Hillman, Ketua Pegawai Produk Levi Strauss & Co.           

Vintage Fit Trucker (Rm429) & Trucker Cap (RM99)
Vintage Fit Trucker (Rm429) & Trucker Cap (RM99)

Dengan ilham musim pertama Pokémon, koleksi ini merangkumi himpunan denim, kemeja, kemeja-T, celana pendek dan aneka aksesori yang menampilkan variasi grafik serta cetakan watak-watak popular animasi itu.

Antara helaian yang mencuri perhatian ialah jaket vintaj stail 90-an, yang menonjolkan sulaman besar Pikachu dan sulaman berbentuk panahan kilat, sesuai Pokémon jenis elektrik.

Turut hadir dalam himpunan kolaborasi menarik ini ialah kemeja-T grafik yang mengimbau kembali watak klasik seperti Ash, Misty dan Pikachu daripada musim pertama. Bagi si gadis, Levi’s mencipta celana pendek dan kemeja-T tanpa lengan persis kostum Misty! 

Misty Tank Togepi (RM99) & Misty Short Cerulean (RM299)
Misty Tank Togepi (RM99) & Misty Short Cerulean (RM299)

Aksesori dan barangan runcit juga tidak ketinggalan disuntik dengan elemen Pokémon; seperti topi trucker merah putih ikonik yang dipakai Ash Ketchum. Terdapat juga topi kait Pikachu lengkap dengan telinga kuning comel tiga dimensi. 

Turut dipersembahkan, beg sukan Pokémon dengan cetakan flora, beg silang Poké Ball serta pouch bag dengan sulaman watak Pokémon di bahagian depan. Dengan rona merah putih, koleksi ini turut menyerlahkan jenama Pokémon pada tampalan belakang ikonik jeans Levi’s. 

Topi Kait Pikachu (RM99) & Levi's x Pokémon Unisex T-shirt (RM119)
Topi Kait Pikachu (RM99) & Levi's x Pokémon Unisex T-shirt (RM119)

Berharga sedari RM49 hingga RM429, Levi’s x Pokémon boleh didapati di butik Levis’s seluruh negara atau melalui pra-pesanan di laman web Levi’s Malaysia  – Getaran, 16 Februari 2021

Semua gambar: Levi's Malaysia

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Khas Pokemon Habis Dijual

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Yuna Menutup Bengkel Discord Interaktif, ‘Levi’s Music Project’

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi