Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TUMI X McLaren Lancar Koleksi Beg Premium Unggul

TUMI, jenama beg eksklusif ini telah melancarkan koleksi terbaharu bersama jenama 'supercar' unggul, McLaren. Apa yang ada dalam koleksi ini? Teruskan membaca.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 8:45AM

Semua gambar: TUMI

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMI, jenama gaya hidup yang terkenal dengan rekaan beg eksklusif baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaharu yang direka dan dibangunkan dengan kerjasama jenama supercar terunggul, McLaren.

Rekaan yang tampil bergaya dan menawan ini diinspirasikan daripada gaya hidup pereka, jurutera dan pelumba kereta McLaren.  Sepertimana setiap pemandu bergantung pada kereta mereka untuk ke garisan penamat, pasukan ini juga bergantung kepada bagasi dan keperluan perjalanan mereka untuk tiba di destinasi. 

Selama lebih 45 tahun, TUMI telah membina reputasi dari segi inovasi, fungsi dan reka bentuk yang tahan lama, dengan fokus untuk mengoptimumkan perjalanan warga global.

Sejak kerjasama ini diumumkan pada tahun 2019, Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz dan Rob Melville, Pengarah Reka Bentuk kereta super McLaren, telah bersama-sama mencipta koleksi kapsul premium untuk perniagaan, perjalanan dan kegunaan harian yang elegan.

Setiap produk direka agar ia tidak menyukarkan perjalanan dan pada masa yang sama, meningkatkan prestasi dalam semua aspek kehidupan semasa dalam perjalanan. 

“Bagi saya, ini merupakan kerjasama yang unggul kerana TUMI dan McLaren mempunyai sinergi semula jadi. Kami dua jenama yang mempunyai pemikiran yang sama dan berkongsi nilai yang sama—kualiti, inovasi teknikal dan kecemerlangan reka bentuk yang tiada tandingan.

“Walau bagaimanapun, nilai kerjasama ini mengatasi nilai produk yang diusahakan. Dengan fokus yang menyeluruh terhadap gaya hidup, kami menghasilkan rekaan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Dengan teknologi canggih McLaren dan bahan terbaik kami, produk keluaran kami dapat menangani perjalanan yang paling sukar, namun masih boleh digunakan dengan mudah di dalam kehidupan seharian,” ujar Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz. 

Sementara itu, Pengarah Reka Bentuk McLaren Automotive, Rob Melville memberitahu, pihaknya memberi tumpuan terhadap pemilihan bahan serta reka bentuk agar kedua-dua jenama ini mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

“Di McLaren, kami memberi tumpuan kepada artikulasi bahasa reka bentuk dan pemilihan bahan-bahan yang jelas yang menggabungkan dan memacu prestasi kereta kami. Kami ingin menguasai aspek tersebut dengan TUMI.

“Oleh sebab itu, kami telah meluangkan banyak masa menjalankan kerja-kerja untuk menganalisis dan memperbaiki setiap aspek koleksi ini.

“Hasilnya merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan saya percaya, ia akan meningkatkan pengalaman pemilik serta mengingatkan bahawa, seperti mana kereta kami, ia adalah tentang menikmati perjalanan dan bukan semata-mata destinasi," ujar Rob.

Koleksi kapsul ini terdiri daripada sembilan rekaan. Setiap satunya merangkumi elemen gaya supercar dan kereta lumba McLaren yang berani. Semua ini diserlahkan dengan rangkaian warna istimewa McLaren iaitu Papaya serta menampilkan ciri-ciri gentian karbon CCX6®. 

Produk kembara yang utama termasuk Aero International Expandable 4 Wheel Carry-On dan Quantum Duffel. Bagasi ini diperbuat daripada bahan hibrid, termasuk Tegris®, suatu komposit termoplastik berketahanan tinggi yang terdapat pada kereta lumba. 

Kulitnya yang keras dibezakan oleh panel hadapan yang diperbuat daripada fabrik yang dibentuk mengikut rekaan kereta super yang banyak mengilhami keluaran di sepanjang kolaborasi ini. 

Binaan yang kukuh membolehkan koleksi ini untuk melindungi kandungan yang dibawa berserta gabungan unsur-unsur lain dalam reka bentuk supercar McLaren.

Bahagian dalamnya menampilkan tali pemampat yang mengambil ciri abah-abah enam tali pada kereta lumba tersebut dan model hanya di litar seperti edisi terhad Senna GTR McLaren. 

Velocity Backpack dicipta untuk memastikan penggunanya sentiasa kekal terhubung sepanjang hari dengan adanya port USB dan ruang komputer riba berlapik. Beg sarung ‘Add-a-Bag’ TUMI yang terkenal menjadikannya sebagai gandingan yang sesuai untuk koleksi bagasi ini. 

Uncang Torque Sling dan Lumin Utility merupakan gaya kontemporari tambahan untuk bawaan yang ringan dan bebas tangan. Orbit Small Packing Cube, Trace Expandable Organizer dan ruang berasingan Teron Travel Kit, kesemuanya merupakan aksesori ultra mudah alih untuk memastikan barang-barang anda terlindung, teratur dan sentiasa tersedia di sepanjang perjalanan. 

Koleksi TUMI X McLaren kini boleh didapati di laman sesawang TUMI, rangkaian stor TUMI, McLarenstore.com dan peruncit terpilih McLaren di seluruh dunia – Getaran, 6 April 2021.

Semua gambar: TUMI Official

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi