web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shahril Mokhtar Dilantik Ketua Eksekutif PETRA Transit Systems

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 8:25AM

Shahril Mokhtar - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PETRA Group telah melantik Datuk Seri Shahril Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif PETRA Transit Systems (PTS) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Sebelum pelantikan itu, Shahril adalah Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corporation dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan di Prasarana Malaysia Berhad.

Beliau memulakan kerjayanya di PricewaterhouseCoopers pada 1999 dan menggunakan kepakarannya untuk berkhidmat di beberapa organisasi sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 2010, yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar dalam satu kenyataan memaklumkan beliau yakin syarikat tersebut diterajui individu yang tepat susulan pelantikan itu.

Shahril pula berkata PTS memiliki pengalaman, teknologi dan pengetahuan bagaimana menjadi pemain di peringkat global dalam perniagaan rel.

Berdasarkan pemahaman bersama dan nilai yang boleh dibawanya disertai dengan visi Vinod, Shahril berkata beliau melihat banyak sinergi dan peluang untuk kumpulan itu, bukan hanya di Malaysia malah di rantau ini juga. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori