Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KPPK Cadang Buka Pejabat MPOC Di Arab Saudi Bagi Perluas Pasaran

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 12:53PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bercadang untuk membuka pejabat Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) di Jeddah, Arab Saudi bagi memperluas pasaran minyak sawit Malaysia ke benua Afrika dan Timur Tengah.

Menteri, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.

“Saya telah membuat perbincangan dengan kedutaan Arab Saudi sebelum ini (berkenaan cadangan tersebut) ... maka untuk itu, kita perlu menguar-uarkan kebaikan serta kelebihan minyak sawit Malaysia supaya semua pihak dapat mengetahui kualiti premium sawit kita,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara bagi mengupas tajuk ‘Sawit Anugerah Tuhan’ yang disiarkan Bernama TV semalam.

Beliau berkata pada masa sama, terdapat peningkatan permintaan minyak sawit dari Arab Saudi bagi tujuan penghasilan pensanitasi tangan dan sabun dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.

Industri sawit mempunyai masa depan yang sangat cerah memandangkan komoditi itu bukan sahaja digunakan sebagai minyak masak malah dalam industri farmaseutikal di dalam dan luar negara, katanya.

Mohd Khairuddin berkata justeru, KPPK akan melancarkan kempen maya bertemakan ‘Sawit Anugerah Tuhan’ pada 10 Februari untuk mempromosikan kemampanan industri minyak sawit Malaysia di dalam dan luar negara dengan menggunakan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual dan nilai estetika.

Kempen itu akan berlangsung di FB Live MPOC dan laman sesawang www.sawit.com.my.

“Kempen ini juga bertujuan menangkis kempen-kempen anti­minyak sawit yang bertujuan memburuk-burukkan imej minyak sawit serta menggugat tanggapan umum mengenainya,” katanya.

Beliau berkata industri minyak sawit telah menyumbang RM72.8 bilion kepada pendapatan negara melalui eksport minyak sawit dan produk berasaskannya ke pasaran antarabangsa pada tahun lepas.

“Jumlah ini jauh lebih tinggi, iaitu kira-kira 14.18 peratus lebih tinggi berbanding dengan RM63.73 bilion yang dicatatkan pada 2019,” katanya.

Mengenai isu diskriminasi terhadap minyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat, beliau berkata Malaysia telah memohon konsultasi melalui Mekanisme Penyelesaian Pertikaian dan membawa EU ke meja pengadilan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Kita telah mengemukakan kes pada 15 Jan, 2021 manakala Indonesia juga melakukan langkah tersebut lebih awal pada 2019. 

“Kita telah membawa isu ini kepada WTO dan menunggu mesyuarat di Geneva yang akan berlangsung pada April ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu