Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Berhad (DNB) menafikan laporan berita yang mendakwa ia tidak telus dalam proses tender kepada vendor pihak ketiga, terutamanya kepada Ericsson, yang membekalkan peralatan rangkaian 5G.

DNB berkata, ia menolak sindiran sebarang ketidakpatuhan dalam amalan tadbir urus dan perolehannya.

Melalui satu kenyataan media, DNB berkata, proses tender dan perolehannya mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang ketat.

“DNB sentiasa terbuka dan telus dalam pemberian tender dan kontrak, dan perkara ini telah beberapa kali disebut secara terperinci di Parlimen dan dilaporkan media.

“DNB juga sudah berulang kali menyangkal dakwaan sama,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, pemberian kontrak peralatan rangkaian 5G membabitkan proses penilaian yang ketat, dan Ericsson memperoleh skor tertinggi dalam semua prasyarat yang dikenakan.

Katanya, proses tender itu juga distrukturkan oleh firma perkhidmatan professional global bebas.

Ia juga membabitkan kira-kira 50 pakar tempatan dan antarabangsa dariapda 10 negara, yang berpengalaman dalam pelaksanaan rangkaian 5G.

“Proses itu juga disemak semula oleh pelbagai pihak, termasuk ketika kajian semula dasar rangkaian 5G oleh Jemaah Menteri pada 2022 dan 2023,” katanya.

DNB adalah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan, untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Semalam, satu portal berita, Channel News Asia (CAN), melaporkan wujud ‘ketidakpercayaan mendalam’ antara penyokong DNB dan pengendali jaringan mudah alih Malaysia (MNO) susulan kerahsiaan yang menyelubungi operasi dalaman syarikat tujuan khas itu.

Laporan itu menyebut isu ketelusan menjadi tumpuan kepada kegagalan pihak-pihak mencapai persetujuan mengenai syarat-syarat utama dalam perjanjian kontrak yang ditandatangani pada Disember.

"Selain daripada pencalonan wakil MNO kepada lembaga pengarah, DNB telah menegaskan bahawa hanya pengarah lembaga pengarah akan diberikan akses untuk mengkaji semula usaha wajar yang sedang berlangsung dalam hal ehwalnya," kata laporan itu.

DNB berkata, ia sedang dalam proses mencapai perjanjian langganan saham yang ditandatangani dengan lima MNO.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat sebaliknya tetapi tidak dapat mengulas secara spesifik kerana sekatan kerahsiaan.

"Memandangkan kedudukan DNB sebagai utiliti awam yang berkhidmat untuk kepentingan awam, adalah penting untuk laporan yang diterbitkan disahkan dan berdasarkan maklumat yang tepat.” – The Vibes, 20 April 2024

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Usahawan 1 jam yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

oleh Rafisqi Radhi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad