web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LPK, Westports Akan Nilai Kesan Susulan Arahan Kerajaan

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 6:42PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pelabuhan Kelang dan Westports Holdings Bhd akan menilai kesan yang merumitkan berikutan larangan kapal pengendali perkapalan kargo Israel, Zim Integrated Shipping Services Ltd daripada berlabuh di Pelabuhan Klang susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang, K. Subramaniam memberitahu Bernama bahawa pihaknya sedang meneliti kesan ke atas operasi Pelabuhan Klang dan akan memaklumkan kepada media secepat mungkin.

Sementara itu, pegawai Westports berkata pengendali pelabuhan itu akan mematuhi arahan kerajaan untuk menyekat kapal ZIM dan akan merujuk kepada pihak berkuasa pelabuhan mengenai isu itu.

“Setakat ini, tiada mesyuarat dipanggil kerana keputusan itu telah dibuat mengejut namun, kami percaya akan ada perbincangan antara pengendali dan pihak berkuasa tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Pada Rabu, Anwar memaklumkan Malaysia mengenakan sekatan serta-merta dan tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel masuk ke negara ini.

Pada masa sama kerajaan juga melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia, katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan yakin semua keputusan itu tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook turut berkata kapal berkaitan Israel yang dijadualkan tiba di Pelabuhan Klang pada 26 Dis, 2023 tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Kelang telah diarahkan untuk membantu perniagaan logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo yang terjejas.

Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pelabuhan laut utama bagi Malaysia.

Lokasi itu juga merupakan antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia, dengan pengendalian tahunan sebanyak 235.34 juta tan pada 2022, menjadikannya pelabuhan kedua paling sibuk di Asia Tenggara selepas Singapura, dan menduduki tempat ke-28 di peringkat antarabangsa.

Kontena, kargo pukal, muatan kargo pelbagai dan kargo cecair adalah antara kargo yang dikendalikan di Pelabuhan Klang.

Ia juga merupakan hab pemunggahan kargo bagi rantau ini, yang bermaksud mengendalikan kargo yang tidak menuju ke Malaysia namun, sedang diangkut ke pelabuhan lain. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?