web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 11:11AM

Ringgit meningkat kepada 4.6550/6600 pagi ini berbanding dolar AS daripada 4.7165/7210 pada akhir dagangan semalam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga pada Rabu selepas permintaan terhadap mata wang negara maju itu susut susulan pengumuman data ekonomi AS.

Perkembangan itu menyaksikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS susut daripada jangkaan ramai kepada 3.2 peratus pada Oktober berbanding 3.3 peratus yang dijangkakan.

Setakat 9.09 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7210 pada akhir dagangan semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data inflasi AS juga lebih rendah berbanding dua bulan lepas apabila IHP meningkat sebanyak 3.7 peratus bagi dua bulan berturut-turut.

Dalam pada itu, IHP teras terus turun kepada 4.0 peratus pada Oktober daripada paras tertinggi 6.6 peratus pada September tahun lepas.

Mohd Afzanizam menyifatkan penurunan inflasi itu sebagai petanda bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) telah menunaikan mandatnya untuk menurunkan inflasi dan berikutan itu Kadar Dana Persekutuan semasa telah menghampiri paras kemuncaknya.

Hasil Perbendaharaan AS bagi dua dan 10 tahun pula masing-masing turun 21 mata untuk ditutup pada 4.83 peratus dan 19 mata asas kepada 4.45 peratus manakala Indeks Dolar AS (DXY) turun 1.47 peratus kepada 104.081 mata.

“Susulan itu, ringgit dijangka mencatat aliran kenaikan susulan penurunan dolar AS," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) berkata kadar pertukaran ringgit yang fleksibel turut berperanan penting dalam mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia (BNM) pula dijangka terus mengurus risiko daripada perkembangan domestik dan luaran untuk menangani ketidaktentuan pasaran pertukaran asing selain bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.

"Sebagai bank pusat yang bertanggungjawab terhadap kestabilan pasaran kewangan dan mata wang, BNM akan sentiasa memastikan ringgit diselaras secara teratur," kata MoF dalam maklum balasnya yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Dalam pada itu, berbanding kumpulan mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0914/0949 daripada 3.1091/1123 pada akhir sesi semalam, namun turun berbanding euro kepada 5.0605/0659 daripada 5.0570/0619 serta susut berbanding pound Britain kepada 5.8113/8175 daripada 5.8032/8087.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang Asean lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4487/4526 daripada 3.4675/4713 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 296.5/297.0 daripada 300.4/300.9 sebelum ini.  Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.1001/1212 daripada 13.0760/0946 sebelum ini dan meningkat kepada 8.34/8.36 berbanding peso Filipina daripada 8.41/8.42, semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?