web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fokus Keseluruhan Bawa Malaysia Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 12:56PM

Mohd Rafizi Ramli berkata tumpuan juga akan berikan kepada matlamat pembangunan mampan (SDG) serta ekonom pengetahuan dan teknologi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Rafizi Ramli menjelaskan fokus keseluruhan beliau adalah untuk membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. 

Beliau berkata ini memandangkan terdapat tumpuan berterusan yang baik terhadap industri dan kegiatan ekonomi yang boleh melonjakkan status Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi.

“Terdapat banyak fokus untuk negeri-negeri yang buat masa sekarang ini tidak mengalami pertumbuhan yang baik, yang lebih ramai orang miskin.

“Fokus penting harus diberikan kepada kumpulan paling rentan dalam masyarakat dari segi ekonomi, tentang program pembasmian tegar dan sebagainya,” katanya semasa sidang media pertama selepas memasuki pejabatnya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata tumpuan juga akan berikan kepada matlamat pembangunan mampan (SDG) serta ekonomi pengetahuan dan teknologi.

Bagaimanapun, perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah memastikan wujud kepaduan yang kukuh daripada kepimpinan utama kerajaan sehingga ke peringkat bawah bagi memastikan perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, katanya.

Sementara itu, mengenai perubahan dasar, Mohd Rafizi berkata masih terlalu awal untuk bercakap mengenai sebarang dasar namun akan meneliti semula perkara itu dengan maklumat lanjut dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang.

Mengulas mengenai perkembangan Belanjawan 2023, beliau berkata kerajaan akan membentangkan belanjawan emolumen pada persidangan Parlimen akan datang, manakala bajet penuh akan dibentangkan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi.

“Kita telah meneliti (belanjawan), dan ia berada pada tahap yang sangat mikro, dan sangat awal sekarang untuk mengatakan apa-apa,...kita akan melalui proses itu walau macam mana sekalipun,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ