web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Gangguan Pengantaraan Kewangan, Aktiviti Pinjaman Kekal Lancar - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 12:44PM

Walaupun pasaran saham Bursa yang dijejaki oleh indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI telah menyusut sebanyak 11 peratus setakat hujung September, pasaran saham di negara lain juga telah menurun termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan China - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem kewangan negara dan pasaran saham terus berfungsi dengan baik serta teratur dan tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan manakala aktiviti pinjaman kekal lancar sehingga kini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata pasaran saham Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan asing bersih sebanyak RM6.6 bilion setakat ini, sementara jumlah modal keluar bersih bagi keseluruhan negara membangun Asia yang tidak termasuk China berjumlah hampir RM313 bilion.

“Selain itu, aktiviti pengumpulan dana di Bursa Malaysia kekal teguh dengan jumlah RM7.2 bilion setakat hujung September ini,” katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyaan menteri semasa persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kementerian itu menyatakan perkembangan terkini berkenaan pasaran modal negara iaitu pasaran saham dan bon. 

Tengku Zafrul berkata aktiviti pembiayaan terus berfungsi dengan baik dengan dana yang dikumpul berjumlah RM72 bilion setakat hujung Ogos bagi pasaran bon swasta dan RM118.7 bilion bagi pasaran bon kerajaan untuk tempoh yang sama.

“Namun, kita perlu peka dengan perkembangan dunia yang turut memberikan kesan kepada pasaran kewangan negara, termasuk peningkatan kadar faedah oleh bank pusat di Amerika Syarikat sebanyak 300 mata asas setakat ini, dan dijangka ditingkatkan lagi kepada 4.75 peratus menjelang hujung 2023,” katanya. 

Beliau berkata akibat daripada ini, pasaran saham di seluruh dunia dianggarkan mengalami kerugian berjumlah US$9 trilion atau RM41.9 trilion dan jika dikira bersama kerugian di pasaran bon dunia, jumlah kerugian adalah lebih besar iaitu sekitar US$46 trilion atau RM214 trilion.

Walaupun pasaran saham Bursa yang dijejaki oleh indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI telah menyusut sebanyak 11 peratus setakat hujung September, pasaran saham di negara lain juga telah menurun termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan China. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok