web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Rusia Nafi Palsukan Rakaman Aksi Panjat Menara Merdeka 118

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 8:55AM

Tangkap layar dari rakaman video Instagram Angela Nikolau di puncak Menara Merdeka 118 baru-baru ini. - Gambar tangkap layar video Instagram Angela Nikolau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angela Nikolau, pendaki bebas yang menggemparkan negara baru-baru ini selepas memanjat Menara Merdeka 118, hairan dengan dakwaan polis bahawa video aksi ekstremnya di bangunan kedua tertinggi di dunia itu mungkin palsu.

Bercakap kepada The Vibes, wanita Rusia berusia 29 tahun itu berkata, beberapa klip yang dimuat naik olehnya dan pasangan Ivan Beerkus di akaun media sosial mereka sepatutnya menjadi bukti mencukupi tentang kesahihan perkara tersebut.

Tambah Nikolau, melihat pengalamannya selama bertahun-tahun dalam aktiviti ekstrem, adalah pelik baginya untuk berbohong mengenai perkara itu kerana ia menjejaskan kredibilitinya.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi balas terhadap andaian bahawa video yang disiarkan adalah palsu, kerana saya fikir terdapat cukup kandungan yang menunjukkan ia adalah sahih.

“Saya fikir ia akan mengambil terlalu banyak masa dan usaha untuk memalsukan perkara sedemikian! Selain itu, sebagai pendaki bangunan wanita pertama, saya perlu mengekalkan standard yang tinggi.

“Dan dengan mengambil kira pengalaman saya sebelum ini dan NFT (token tidak boleh digunakan), adalah pelik untuk menyiarkan sesuatu yang palsu,” katanya.

NFT ialah pengecam digital yang direkodkan dan dicetak pada teknologi blockchain dan digunakan untuk mengesahkan ketulenan dan pemilikan.

Tindakan Nikolau dan Beerkus mendaki Merdeka 118 setinggi 679m mula tular pada 27 Disember lalu selepas gambar pasangan tersebut disiarkan di SkyscraperCity.com.

Pasangan itu mengesahkan aksi ekstrem mereka dua hari kemudian melalui siaran Instagram berasingan yang memaparkan video dan rakaman dron di puncak menara berkenaan.

Mereka menggambarkan menara itu sebagai bangunan pencakar langit terindah pernah mereka kunjungi.

Pada Ahad lalu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan video tular di media sosial itu dimanipulasi secara digital.

Menurut beliau, polis sedang menyiasat kesahihan video terbabit selepas dimaklumkan oleh pengurusan menara itu bahawa kawalan keselamatan yang ketat di situ akan menyukarkan sesiapa pun untuk masuk atau memanjat bangunan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana menceroboh selepas laporan polis dibuat.

Nikolau berkata, dia akan memuatnaik gambar baharu yang diambil dari bumbung Menara Merdeka 118 esok, bagi mengesahkan keaslian pendakiannya.

Sementara itu, Nikolau mengesahkan dia belum dipanggil atau disoal siasat oleh polis setakat ini, tetapi diam membisu tentang keberadaannya kerana bimbang akan kesannya.

Kepada pengikut di Malaysia, Nikolau berkata: “Saya suka Malaysia, ia adalah negara yang menakjubkan! Tidak pasti sama ada saya akan dialu-alukan di sini lagi.” – The Vibes, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 11 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad