web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Tergamak Dan Tidak Segila Itu Untuk Melakukan Perbuatan Keji Itu – Bapa Puteri Balqis

Azizi mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas dakwaan bahawa dia telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak kandungnya. Baca pengakuan eksklusif Azizi selanjutnya! 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 1:49PM

Puteri Balqis - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ia adalah suatu tuduhan yang palsu. Sebagai seorang bapa yang waras dan mempunyai didikan agama, saya sendiri tidak tergamak untuk berbuat perkara yang keji seperti itu,” kata Azizi Adziz yang juga bapa kepada pelakon Puteri Balqis. 

Azizi mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai mengulas dakwaan bahawa dia telah melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak kandungnya. 

Dakwaan tersebut timbul setelah Puteri Balqis membuat pendedahan menggemparkan di sebuah program podcast apabila dia mendakwa telah dipaksa menonton video lucah dan diraba bapa kandungnya sendiri walaupun ketika itu dia masih berusia 5 tahun. 

Memberikan pengakuan secara eksklusif kepada Getaran, Azizi yang juga bekas kakitangan di New Straits Times Sdn Bhd berkata, dia sebetulnya tidak tahu menahu tentang pendedahan Puteri Balqis yang mengaitkan dirinya itu sehinggalah diberitahu seseorang. 

“Saya tidak punya apa-apa platform media sosial. Jadi, saya memang tidak tahu apa-apa pun yang berlaku termasuk apabila apa yang diceritakan Aqish (panggilan untuk Puteri Balqis) di dalam podcast tersebut sehingga ia menjadi viral. 

“Memang ia satu tuduhan yang melampau dan gila. Sebelum ini pun, memang pernah ada keluar macam-macam cerita tentang diri saya, tapi saya diam dan tidak berbuat apa-apa kerana ia tidak melibatkan maruah, undang-undang atau kes jenayah. 

“Tapi masalahnya sekarang, ia melibatkan tuduhan yang serius yang melibatkan kanak-kanak dan isu pencabulan. Saya tidak segila itu hendak buat benda macam itu. Wallahi. 

“Lagipun, kenapa mesti tunggu lima tahun untuk mendedahkan perkara ini, jika Aqish dan ibunya mendakwa saya begitu. Tak masuk akal,” katanya. 

Kes membabitkan dakwaan Puteri Balqis kini dalam siasatan pihak berkuasa. - Gambar fail
Kes membabitkan dakwaan Puteri Balqis kini dalam siasatan pihak berkuasa. - Gambar fail

Sehubungan itu, kata Azizi, sebaik sahaja dimaklumkan bahawa pendedahan Puteri Balqis itu yang mengaitkan dirinya itu telah menjadi viral sehingga mendapat perhatian seluruh masyarakat, dia terpaksa bertindak membuat laporan polis. 

“Saya buat laporan polis di Bandar Baru Kedah kerana saya menetap di Kedah sekarang ini untuk menjaga bapa saya yang sedang sakit. Saya membuat laporan tersebut pada Ahad lalu. 

“Saya juga maklum tentang bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memanggil say ajika ada laporan rasmi dibuat Aqish. 

“Saya sedia untuk berjumpa Datuk Seri Rina untuk memberi keterangan. Tiada apa yang hendak saya takutkan kerana saya tidak membuat sebarang kesalahan,” katanya. 

Azizi juga tahu ramai masyarakat yang mengecamnya apabila isu tersebut menjadi tular. 

“Saya tahu ada yang mempercayainya dan ada juga yang tidak. Sebab itu terlalu nampak sangat seperti sebuah skrip. 

“Saya tidak salahkan Aqish kerana mungkin dia terpaksa buat macam itu. Saya juga tidak salahkan masyarakat kalau mereka kecam saya macam-macam kerana mereka tidak tahu apa-apa.

“Saya juga mohon maaf kerana lambat memberi keterangan. Tapi bagi saya, biar mereka kemukakan apa dulu yang ingin mereka katakan dan saya akan menyusul dengan keterangan saya pula. 

“Tapi, saya juga memohon agar masyarakat dengar keterangan kedua-dua belah pihak. Tolong jangan cepat jatuh hukum dan usah membuat tuduhan melulu dahulu. Anda semua juga punya anak dan ibu bapa,” katanya. 

Azizi juga turut memberitahu bahawa ini adalah dugaan cukup besar yang perlu ditempuhinya. 

“Tapi, seperti yang saya katakan, kalau saya tak salah kenapa saya mesti takut,” katanya. 

Dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mengahwini wanita kaya sebagaimana yang didakwa. 

“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini. Saya masih menduda sejak bercerai dengan ibu Aqish,” katanya. 

Selepas mewawancara ini selesai, Azizi kemudian dalam pesanan mesej Whatsapp memberitahu bahawa dia kini bersama pihak polis Kedah dan akan dibawa ke Balai Polis Puchong untuk memberi keterangan selepas Puteri Balqis pula membuat laporan di balai polis tersebut. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13