web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Kerjaya Seorang Pelaut

Ketahui rintangan dan pengorbanan berkerjaya sebagai pelaut.

Karier Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 2:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di lautan yang terbentang luas, kita dapat melihat kapal-kapal terapung di permukaan laut. Namun, tahukah kita di sebalik kapal tersebut ada individu yang membanting tulang di atasnya dan digelar pelaut. 

Jelas daripada namanya, pelaut adalah individu yang bertugas di atas laut sama ada sebagai pengemudi kapal, jurutera atau kru kapal mengikut kepakaran masing-masing.

Berbeza dengan tentera laut yang menjaga keselamatan perairan negara, pelaut bertanggungjawab untuk metlancarkan operasi penghantaran barang seperti kargo, gas dan sebagainya ke sesebuah destinasi tertentu di dalam mahupun luar negara melalui jalan laut.

Segmen kerjaya hari ini mendekati Pegawai Navigasi 2 Muhammad Izzat Ramlan, bekas graduan Akademi Laut Malaysia (ALAM) yang sudah menceburi bidang ini selama enam tahun sebagai pelaut.

Izzat semasa berada di lautan Eropah.
Izzat semasa berada di lautan Eropah.

Kenapa pilih kerjaya sebagai pelaut?

Pada awalnya saya sendiri tidak mengetahui bidang ini sehinggalah saya memohon untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Laut Malaysia (ALAM). Dari situ, saya melihat kerjaya pelaut ni memberi jaminan masa depan dan dapat menampung keluarga saya. 

Minat pada bidang ini sebenarnya akan terlihat selepas kita memulakan pekerjaan sebagai pelaut itu sendiri. Semasa pelayaran pertama baru saya tahu sama ada saya benar-benar berminat atau sebaliknya.

Setelah enam tahun bergelar pelaut, sudah pasti saya mampu katakan ia pekerjaan yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan yang selesa dari segi kewangan. Kini saya berkhidmat di salah sebuah syarikat pengangkutan perkapalan yang bertangungjawab membawa gas untuk dihantar ke Jepun, Singapura, Indonesia, Korea dan beberapa negara lagi.

Izzat (kanan) dan rakannya di majlis graduasi ALAM.
Izzat (kanan) dan rakannya di majlis graduasi ALAM.

Apakah cabaran bagi seorang pelaut?

Menjadi seorang pelaut ini memerlukan mental yang kuat kerana kita biasanya berada di lautan selama enam hingga lapan bulan. Ia bukanlah satu perkara yang mudah. 

Selain tekanan ketika berada di lautan, meninggalkan keluarga selama itu adalah cabaran yang paling utama. Bagi saya cabaran seorang pelaut itu terdapat tiga fasa. Fasa pertama ketika bujang, kedua ketika kahwin, ketiga adalah fasa yang paling mencabar iatu ketika sudah mempunyai anak-anak.

Bagi saya yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, meninggalkan keluarga untuk berlayar merupakan cabaran yang paling besar untuk saya hadapi. Kesenangan yang dikurniakan itu dibayar sewaktu bersama keluarga.

Ramai yang melihat saya mempunyai kehidupan yang senang dengan pekerjaan ini tetapi hakikatnya mereka tidak tahu apa yang dilalui. Doa orang sekeliling amat penting bagi saya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelaut dengan tabah dan kuat.

Apakah risiko yang dihadapi?

Ombak besar dan ribut di tengah lautan adalah perkara biasa namun itulah risiko paling kerap saya hadapi. Berlayar di lautan yang luas merupakan sesuatu perkara yang memerlukan kemahiran supaya tiada kemalangan berlaku di tengah laut. 

Sekecil skru kapal yang tercabut pun saya perlu ambil perhatian bagi memastikan aspek keselamatan kapal berada di tahap yang tinggi. Malah, ketika berada di pelabuhan. Kemahiran sekali lagi diperlukan untuk memastikan barangan diterima dalam keadaan baik dan selamat.

Apakah skop tugas anda sebagai pelaut?

Selaku pegawai navigasi 2, tugasan saya lebih kepada perancangan laluan laut. Di sini saya ingin berkongsi sedikit, sungguh pun pada masa ini saya menggunakan teknologi yang dipanggil  sistem carta paparan elektronik (Electronic Chart Display) ketika membuat laluan laut, saya juga diajar untuk membuat laluan sacara manual menggunakan peta dan alat tulis yang lain.

Kita tidak tahu apa yang boleh terjadi semasa menggunakan alat yang bersumberkan elektrik. Bekalan elektrik boleh terputus sewaktu kemalangan. 

Pemandangan malam di atas kapal.
Pemandangan malam di atas kapal.

Apakah sasaran tertinggi anda ingin capai sebagai seorang pelaut?

Sudah pasti saya menyasarkan untuk menjadi ketua atau kapten kapal dagang pada masa akan datang dan selepas itu kembali ke darat untuk mencari cabaran baru atau menjadi pensyarah di ALAM sahaja.

Nasihat kepada yang berminat untuk menjadi seorang pelaut?

Nasihat saya senang sahaja, pelaut ini merupakan satu kerjaya yang bagus, penuh cabaran dan memerlukan kekuatan mental yang kuat. Jangan hanya fikir pendapatan yang diterima sahaja kerana perlu dingatkan, setiap ganjaran ada ‘bayaran’ serta pengorbanannya. - Getaran, 17 November 2021

Gambar: Muhammad Izzat Ramlan

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Global Sumud Flotilla: Serangan Kedua Landa Kapal Misi Bantuan

2

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen X: Kembara Ke Tanah Suci, Dulu Dan Kini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'LPK Mengecewakan, Tolonglah Jangan Berdolak Dalih' - Maritime Network

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perarakan Kapal Berhias Warnai Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13