web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecoh Di AGM PKR Kuala Selangor, 3 Cedera Ringan

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2026 8:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perbezaan pendapat berhubung usul undi tidak percaya dipercayai menjadi punca tercetusnya kekecohan antara dua kumpulan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PKR Kuala Selangor hari ini.

Menurut sumber, beberapa ahli parti bersama individu luar didakwa kembali memasuki dewan kerana tidak berpuas hati terhadap usul yang dikemukakan terhadap ketua cabang, selepas mesyuarat tamat.

Mereka mendakwa usul undi tidak percaya terhadap M. Sivabalan tidak dibentangkan mahupun dibahaskan sepanjang mesyuarat berlangsung.

“Kekecohan itu berlangsung kira-kira 20 minit dan kami percaya ia dicetuskan oleh beberapa individu luar yang bertindak membuat provokasi.

“Kami juga telah mengenal pasti beberapa ahli parti yang dipercayai terlibat dan perkara itu akan dirujuk kepada kepimpinan pusat untuk tindakan lanjut,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Sivabalan menjelaskan, usul tersebut telah diterima secara rasmi, namun tidak boleh dibahaskan di peringkat cabang kerana berada di luar bidang kuasa jawatankuasa cabang dan perlu dirujuk kepada kepimpinan pusat parti.

Difahamkan, usul berkenaan melibatkan undi tidak percaya terhadap beliau selain isu pelantikan ketua kampung.

Beliau turut mendakwa tiga ahli wanita mengalami kecederaan ringan serta bengkak pada tangan akibat insiden tersebut.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat, manakala satu lagi laporan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, turut mengesahkan kejadian itu dan menegaskan, insiden berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan mesyuarat.

“Mesyuarat agung tahunan cabang berjalan seperti dijadualkan dan kekal sah mengikut perlembagaan parti,” katanya.

Rakaman kejadian boleh disaksikan menerusi pautan  https://www.facebook.com/reel/4451776778387761 - Getaran, 16 Mei 2026

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?