Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Botol Tumbler Stanley Kalis Api, Selamat Dari Kebakaran Kereta

Malah, ais dalam tumbler milik Danielle Lettering, seorang pengguna TikTok itu masih belum cair walaupun bahagian dalam keretanya turut terbakar.

Teknovasi Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 9:07AM

Keadaan dalam kereta milik Danielle Lettering yang musnah terbakar namun tumbler Stanley miliknya masih utuh. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila kereta milik Danielle Lettering, seorang pengguna TikTok terbakar, beliau tidak menjangkakan segala benda berada dalam kenderaannya itu akan terselamat.

Bagaimanapun, Lettering mendapati bekas minuman (tumbler) jenama Stanley miliknya bukan saja masih utuh, malah ais di dalamnya masih belum cair biarpun ia terdedah kepada api yang membakar kereta berkenaan.

Video TikTok yang dimuat naik Lettering itu kemudian menjadi tular dan hingga mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar Stanley, Terrence Riley.

Menerusi hantaran video di TikToknya, wanita tersebut mengangkat tumbler Stanley itu serta menggoncangnya dan penonton boleh mendengar ais di dalamnya berlaga meskipun bahagian luarnya sedikit hitam dan penyedutnya bengkok akibat kesan terbakar.

“Dahaga selepas anda terbakar? Stanley seperti tiada masalah,” katanya menerusi kepsyen di tiktok.

CEO syarikat jenama Stanley itu mengambil maklum perkara tersebut setelah video itu tersebar luas dan berbesar hati menghadiahkan wanita itu sebuah kereta serta tumbler Stanley.

“Stanley dicipta untuk kehidupan, kami akan hantar kepada anda beberapa Stanley. Kami semua di Stanley juga berbesar hati ingin menggantikan kereta anda,” kata Riley.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar Stanley, Terrence Riley
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar Stanley, Terrence Riley

Nampaknya tragedi kebakaran itu telah menjadi pemasaran percuma kepada jenama Stanley dan ia mula mendapat sambutan oleh ramai pengguna di TikTok yang mengatakan mereka yakin dengan kualiti produk jenama itu serta mahu memiliki tumbler tersebut. – Getaran, 25 November 2023

@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup ♬ original sound - Danielle

Sumber Foto: Tiktok Danielle

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM