web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanyut Selama 24 Hari Di Laut, Lelaki Bertahan Dengan Makan Sos Tomato Dan Kiub Buillon

Francois sedang membaiki bot di luar Pulau Caribbean St. Maarten di Antilles Belanda sebelum botnya dihanyutkan akibat cuaca buruk dan laut bergelora. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 12:27PM

Elvis Francois sedang diperiksa oleh doktor selepas ditemukan selamat. - Gambar dari Twitter @caribbeannewsuk

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Seorang lelaki dari Dominican yang hanyut di laut selama hampir sebulan ditemukan selamat.

Elvis Francois, 47, diselamatkan pada 15 Jan selepas hanyut di laut selama 24 hari, lapor Agensi Anadolu memetik Tentera Laut Colombia pada Khamis.

Sepanjang hanyut di laut beliau sekadar memakan sos tomato, serbuk bawang putih dan kiub bouillon serta minum air untuk bertahan.

Francois sedang membaiki bot di luar Pulau Caribbean St. Maarten di Antilles Belanda sebelum botnya dihanyutkan akibat cuaca buruk dan laut bergelora. 

Menurut Francois, beliau cuba menghubungi rakan-rakanya tetapi tiada isyarat.

"Tiada apa yang dapat dilakukan selain menunggu," katanya kepada pegawai Colombia.

Sebuah pesawat mengesan kapalnya selepas Francois menggunakan cermin sebagai isyarat dan menulis "bantuan" pada badan bot. Beliau diselamatkan oleh sebuah kapal kontena, kira-kira 120 batu nautika barat laut bandar pelabuhan Cartagena Colombia.

"Pada satu ketika, saya hampir putus harapan...tetapi saya berterima kasih kepada pengawal pantai. Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan dapat menceritakan kisah ini," kata Francois. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh