Berita Terkini

13 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 7:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gatta Kusthi

 

Sebuah lagi karya dari India yang menduduki carta teratas Top 10 Netflix di Malaysia.  Filem ini berdasarkan stereotaip mengenai sifat maskulin yang toksik tradisional kaum lelaki yang dianggap dominan dalam sesetengah masyarakat kaum India.

Filem arahan Chella Ayyavu ini turut menyentuh mengenai isu diskriminasi mengenai atlet wanita dalam bidang sukan ‘Kushti’ di India.

‘Gatta Kusti’ membawa kisah, mengenai Veera (Vishnu Vishal) yang ingin memperisterikan seorang wanita dengan perwatakan yang pemalu dan patuh kepada suaminya.

Namun, takdirnya membawa kepada Keerthi (Aishwarya Leskhmi) yang merupakan seorang atlet sukan ‘Gatta Kusthi’ yang merupakan sukan Mixed Martial Art (MMA) yang bergitu popular di Kerala, India.

Apa yang berlaku apabila Veera mengetahui kebenaran tentang isterinya dan berapa lama Keerti mampu menjadi isteri yang diingin oleh suaminya itu? Selamat menonton cerita yang menarik ini di Netflix sempena perayaan ‘Pongal’– Rubini Nagarajah.

The Makanai: Cooking for The Maiko House

 

Sebuah siri drama Jepun yang diadaptasi daripada Manga Jepun popular, Kiyo in Kyoto: From The Maiko House karya Aiko Koyama.  Diarahkan pemenang Palme D’ Or iaitu Hirokazu Kore-eda, ia sedang bersiaran sebanyak sembilan episod di Netflix. 

Ia mengisahkan dua sahabat baik Kiyo dan Sumire yang telah berkawan sejak kecil. Mereka sama-sama berpindah ke daerah Geiko di Kyoto untuk menjadi Maiko (perantis Geisha). 

Tetapi, sebaik sahaja tiba di situ, Kiyo menyedari bahawa bakatnya lebih cenderung kepada memasak dan menyediakan hidangan yang lazat. 

Akhirnya Kiyo menjadi tukang masak utama di Maiko House dan dia turut menyokong Sumire dan rakan-rakannya yang lain apabila mereka memulakan pengembaraan di seluruh daerah dengan penuh semangat. 

Drama siri yang cukup menarik ini dibintangi pelakon dan penyanyi Jepun, Nana Mori sebagai Kiyo dan pelakon/model Jepun, Natsuki Deguchi sebagai Sumire. – Ellyna Ali 

The Mauritanian

Sebuah filem adaptasi sebenar berkisahkan seorang bernama Mohamedou Ould Slahi (lakonan Tahi Rahim) dipenjarakan di Guantanamo Bay selama 14 tahun. Dia telah didakwa atas kesalahan menyertai Al-Qaeda dan melatih warga Jerman untuk menyerang sebuah menara di Amerika Syarikat.

Dua orang peguam ditugaskan untuk menyabitkan kesalahan yang disabitkan olehnya untuk Mohamedou menjalani hukuman yang berat. Namun tiada bukti yang kukuh ditemui dan pada suatu hari, timbul perasaan terhadap kedua-dua peguam tersebut bahawa Mohamedou tidak bersalah dan dianiaya.

Perbicaraan demi pembicaraan berlangsung sehinggalah Mohamedou dihadapkan ke mahkamah akhir dengan membela diri secara dalam talian datu Guantanamo Bay. Pelbagai perkara yang dinyatakan dan disuarakan olehnya untuk memberitahu bahawa dia tidak bersalah.

Filem arahan Kevin Macdonald dan ditayangkan pada 2021 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix. – Izwan Ramlan

The Vanishing

Filem yang menemui peminat pada 2018 ini mengisahkan tentang Misteri tiga penjaga rumah api yang hilang dari Pulau Flannan, di luar pantai barat Lewis, Scotland pada tahun 1900-an. 

Filem berdurasi 107 minit ini menampilkan jalan cerita yang agak perlahan tetapi cukup untuk mengheret perasaan ingin tahu. Malah, pengarah juga bijak mencipta suasana yang membolehkan penonton menghela nafas seketika dengan beberapa adegan melucukan. 

The Vanishing adalah tentang ketamakan harta yang membutakan segala-galanya. Kawan makan kawan. Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kekayaan, biarpun ia bukanlah miliknya. 

Filem arahan Kristoffer Nyholm ini dibintangi oleh pelakon handalan Gerard Butler (sebagai James Ducat) dan Peter Mullan Thomas Marshall) serta pelakon baru Connor Swindells (Donald McArthur) sebagai teraju utama.

Adegan pertama dibuka dengan pengenalan watak. Suatu hari, James, Thomas, dan Donald berkumpul di pelabuhan, bersiap untuk belayar ke pulau terpencil, Flannan. Mereka ditugaskan untuk menjaga rumah api selama berbulan-bulan. Pulau ini diketahui tidak berpenghuni secara kekal.

Permulaan konflik bermula apabila Donald menemui seorang lelaki yang kelihatan sudah mati di dalam perahu dayungnya. Namun, sebenarnya tidak dan lelaki terbabit cuba membunuh Donald. Untuk mempertahankan diri, Donald mengambil batu dan memukul kepala lelaki yang tidak dikenali itu. 

Punca keganasannya terbongkar apabila mereka membuka peti yang berisi dua jongkong emas. James, Thomas, dan Donald mula 'tamak' dan mahu memiliki jongkong emas dengan segera. Mereka telah merangka rancangan supaya kematian lelaki yang tidak dikenali itu tidak diketahui oleh orang lain. – Rahayu MN 

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan