Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nomad Digital, Bekerja Sambil Bercuti Di Lokasi Impian

Antara perkhidmatan nomad digital yang mendapat permintaan tinggi adalah blogger, pengurus media sosial, peniaga digital, mentor atau guru dalam talian, wakil khidmat pelanggan, penerbit kandungan video, pereka animasi, penulis, pengaturcara dan pereka bentuk.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 2:04PM

Pulau Pinang menjadi lokasi pertama bagi hab De Rantau yang mewujudkan ekosistem menarik bagi nomad digital. – Gambar oleh Mohd. Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkan anda terfikir dalam kita berada di lokasi menarik sambil bercuti kita juga boleh bekerja dan memperoleh pendapatan?

Itulah yang dilakukan oleh kebanyakan warga Eropah yang dikenali sebagai nomad digital yang kini berada di seluruh dunia termasuk di Malaysia. 

Apa yang mereka lakukan adalah mengembara ke serata dunia, semestinya ke tempat-tempat yang menarik namun tetap bekerja seperti biasa dan meraih pendapatan bulanan. 

Malah, pendapatan yang diperoleh itu agak lumayan sehinggakan ia membantu membayar harga percutian sambil bekerja mereka dengan mudah. 

Sebagai nomad digital, mereka boleh membahagikan masa yang lebih banyak bersama keluarga di lokasi menarik sambil memperoleh pendapatan.
Sebagai nomad digital, mereka boleh membahagikan masa yang lebih banyak bersama keluarga di lokasi menarik sambil memperoleh pendapatan.

Nomad digital rakyat Malaysia sebenarnya sudah ada dan sudah dipraktikkan oleh segelintir mereka yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan dari seluruh dunia. 

Ya, gaji yang diperoleh sebagai nomad digital kemungkinan adalah di dalam USD ataupun Euro mengikut di mana majikan mereka berada. 

Namun jika anda belum ‘berani’ untuk menerima arahan daripada mereka yang berada dari luar Malaysia, ada juga majikan dari Malaysia yang turut memerlukan perkhidmatan seorang nomad digital. 

Antara perkhidmatan nomad digital yang mendapat permintaan tinggi adalah blogger, pengurus media sosial, peniaga digital, mentor atau guru dalam talian, wakil khidmat pelanggan, penerbit kandungan video, pereka animasi, penulis, pengaturcara, pereka bentuk, pedagang mata wang kripto, penterjemah dan lain-lain khidmat yang boleh dilakukan dalam talian.

Mungkin ramai antara kita mempunyai kepakaran yang disebutkan di atas namun tidak pernah memanfaatkan kemampuan kita untuk menjadi seorang nomad digital.

Apa yang menarik sebagai seorang nomad digital ialah mereka boleh memilih majikan dengan gaji yang diinginkan dan dapat membahagikan masa antara kerja serta masa rehat.

Tanpa perlu bergegas untuk ke pejabat, nomad digital boleh menjadi ‘diri sendiri’ sambil melakukan kerja.
Tanpa perlu bergegas untuk ke pejabat, nomad digital boleh menjadi ‘diri sendiri’ sambil melakukan kerja.

Sebagai seorang nomad digital juga, mereka boleh berpindah randah dari satu lokasi ke lokasi lain namun kerja yang dilakukan terus dilaksanakan selagi ada infrastruktur yang diperlukan seperti talian internet dengan kelajuan jalur lebar yang diperlukan.

Atas alasan ini, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengorak langkah untuk membangunkan program De Rantau yang mengetengahkan hab-hab digital bagi membolehkan nomad digital menggunakan infrastruktur yang ada.

Langkawi menjadi kesinambungan program De Rantau yang memberi peluang nomad digital berada pada lokasi menarik sekitar Malaysia.
Langkawi menjadi kesinambungan program De Rantau yang memberi peluang nomad digital berada pada lokasi menarik sekitar Malaysia.

Hab-hab De Rantau sehingga kini telah diwujudkan di Pulau Pinang dan juga di Pulau Langkawi sebagai langkah permulaan menarik lebih ramai nomad digital dari luar negara termasuk dari Malaysia.

Walaupun dari luaran menyaksikan program De Rantau ini memberikan kelebihan kepada nomad digital luar negara namun dari segi infrastruktur dan kemudahan, ia turut memberi kelebihan kepada nomad digital domestik.

Dengan hab-hab De Rantau, nomad digital boleh mengembara dan bekerja merentasi pelbagai lokasi di Malaysia, sambil mempunyai akses kepada sambungan jalur lebar yang stabil dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain yang menyokong gaya hidup seorang nomad.

Sambungan jalur lebar yang baik dan laju antara perhatian khusus yang dilihat oleh MDEC untuk mewujudkan hab De Rantau.
Sambungan jalur lebar yang baik dan laju antara perhatian khusus yang dilihat oleh MDEC untuk mewujudkan hab De Rantau.

De Rantau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan bagi meningkatkan penggunaan digital dan menggalakkan mobiliti profesional digital serta memperhebatkan pelancongan di seluruh Malaysia.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi manfaat kepada bakat-bakat tempatan dan nomad warga asing melalui penciptaan ekosistem bertenaga yang boleh menyokong nomad digital sebagai  keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Sebagai nomad digital, mereka boleh memilih untuk berada di mana-mana yang menarik selagi ada sambungan internet yang baik.
Sebagai nomad digital, mereka boleh memilih untuk berada di mana-mana yang menarik selagi ada sambungan internet yang baik.

Penubuhan hab De Rantau akan memberi manfaat kepada penyedia dan pemilik penginapan tempatan, sekali gus membantu memulihkan ekonomi sektor pelancongan.

De Rantau merupakan salah satu Program pemangkin digital Malaysia (Pemangkin) di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) yang bertujuan mengubah keupayaan digital dan merancakkan ekonomi digital negara.

Nomad digital yang menyertai program De Rantau layak mendapat akses kepada faedah yang disediakan termasuk hab hidup sedia nomad dan bekerja, perkhidmatan tempatan yang dipilih sendiri, baucar diskaun, maklumat terkini dan promosi.

Ramai yang mengimpikan untuk bekerja dan dalam masa yang sama berada di lokasi impian dan ini boleh dilakukan oleh nomad digital.
Ramai yang mengimpikan untuk bekerja dan dalam masa yang sama berada di lokasi impian dan ini boleh dilakukan oleh nomad digital.

Selain itu, De Rantau juga menyediakan akses kepada ekosistem penuh yang merangkumi hab menampung, perkhidmatan tempatan daripada perjalanan, pelancongan, pengangkutan, e-dagang, e-pembayaran dan perkhidmatan lain.

Sehingga kini, rakan ekosistem De Rantau termasuk Lembaga Pembangunan Langkawi, Digital Penang, HostAStay, Tapawfood, Jetpack, AirAsia Super App, Paynet, Tourplus, Grab, Lokalocal, SenangPay, Settlements, The Ship Campus, EasyBook.Com dan kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan. Maklumat lanjut sila ke pautan ini.  – Getaran, 4 Disember 2022. 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat