web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merokok, Vape Di Kawasan Larangan, Awas, Anda Sedang Diperhatikan!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 10:19AM

Larangan menghisap rokok dan vape di kebanyakan premis masih berkuat kuasa, justeru tindakan boleh diambil terhadap mereka yang ingkar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kelakuan segolongan individu yang berani dan tanpa segan silu merokok dan menghisap vape di kebanyakan premis makanan dilihat seolah-olah larangan menghisap bahan berkenaan di semua tempat makan di seluruh Malaysia yang berkuat kuasa sejak 2020 telah dilupus sedangkan ia masih dikuatkuasakan.

Larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Januari 2020. 

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Selangor mendapati beberapa individu tanpa segan silu menghisap rokok atau vape secara terbuka sedangkan di kebanyakan premis makanan terdapat poster dan tanda amaran ‘dilarang merokok’.

Meskipun terdapat tanda larangan merokok, namun masih ada segelintir yang enggan peduli. - Gambar hiasan
Meskipun terdapat tanda larangan merokok, namun masih ada segelintir yang enggan peduli. - Gambar hiasan

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa individu yang mengikuti peraturan tersebut dengan menghisap rokok di bahagian luar premis makanan atau beberapa meter dari tempat mereka menjamu selera.

Seorang suri rumah, Siti Zubaibah Amin, 39, berkata sebagai seorang ibu, beliau terpaksa bertindak lebih tegas dengan menegur individu yang dilihat merokok atau menghisap vape berdekatan dengan anak-anaknya.

“Siapa lagi kalau bukan kita yang melindungi anak-anak. Kadang-kadang, saya terpaksa menjadi pegawai kesihatan tidak diiktiraf untuk menegur mereka yang selamba merokok dan kebanyakannya meminta maaf serta terus berhenti (menghisap rokok di situ).

“Masyarat kita sedar akan kesalahan dan peraturan itu cuma terikut-ikut dan ingin mencuba. Mereka sepatutnya tidak mengambil ringan isu ini,” katanya kepada Bernama.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 38, berkata pemilik kedai harus memainkan peranan dan tidak hanya mengejar untung semata-mata.

“Pemilik kedai adalah orang yang sepatutnya menjaga isu ini, mereka berhak menegur individu yang merokok dan menghisap vape secara terbuka. Selain, mereka juga boleh didenda sekiranya tidak menghalang orang yang merokok di dalam premis mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata pihaknya memandang serius situasi tersebut dan membuat pemantauan dan penguatkuasaan di negeri itu dari semasa ke semasa. 

“Pemilik atau pengusaha premis makanan serta para pelanggan juga diharap dapat memainkan peranan besar dalam memberikan teguran dan nasihat kepada pelanggan yang merokok, sekali gus memberi imej premis makanan yang bersih serta persekitaran tanpa asap rokok,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Dr Sha’ari berkata sehingga September tahun ini, sebanyak 6,915 notis kesalahan telah dikeluarkan ke atas mereka yang merokok di Kawasan Larangan Merokok dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,684 notis kesalahan dikeluarkan kepada mereka yang merokok atau menghisap vape di dalam premis makanan. 

Orang awam yang ingin membuat aduan berkaitan individu yang merokok dalam premis makanan ataupun di mana-mana kawasan larangan boleh membuat aduan melalui WhatsApp ke 010-8608949. - Bernama

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh