web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menyelami Hati Seni Kontemporari Godwin Champs Namuyimba

Pameran seni kontemporari anjuran Onitsuka Tiger bakal menampilkan Godwin Champs Namuyimba, pelukis yang semakin dikenali dari Uganda.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 2:12PM

Tiger Gallery di Onitsuka Tiger Regent Street, London - Gambar ihsan Onitsuka Tiger

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Onitsuka Tiger melancarkan Tiger Gallery, sebuah projek seni yang akan menampilkan sebuah projek galeri seni oleh pelukis dari Uganda bernama Godwin Champs Namuyimba.

Projek ini menyokong kepelbagaian pelukis kontemporari dan memberi peluang untuk sesi dialog berkaitan seni, inovasi dan gaya di Onitsuka Tiger Regent Street, London, England.

Pameran seni ini dirancang untuk diadakan secara berterusan dan turut menampilkan hasil karya-karya seni daripada pelukis-pelukis kontemporari berbakat dari seluruh dunia.

Karya Godwin Champs Namuyimba kini dipamerkan di Tiger Gallery, Onitsuka Tiger Regent Street, London
Karya Godwin Champs Namuyimba kini dipamerkan di Tiger Gallery, Onitsuka Tiger Regent Street, London

Selain memberi peluang untuk mempamerkan lukisan mereka di tingkap butik yang mengadap Regent Street, ia turut menjadi ruang untuk mereka mempamerkan karya mereka untuk meluahkan isu-isu yang mereka hadapi.

Pengerusi Syarikat Onitsuka Tiger, Ryoji Shoda berkata, pameran ini menzahirkan gambaran inovasi serta nilai-nilai ketukangan Onitsuka Tiger dengan lebih terperinci.

Pameran ini menzahirkan gambaran inovasi serta nilai-nilai ketukangan Onitsuka Tiger dengan lebih terperinci
Pameran ini menzahirkan gambaran inovasi serta nilai-nilai ketukangan Onitsuka Tiger dengan lebih terperinci

“Kami komited dalam menyokong bakat artistik dari seluruh dunia dan berharap ia akan berterusan memberi inspirasi untuk semua generasi.

“Kami percaya pameran ini akan membolehkan kami untuk terus mengembangkan jenama kami di saat kita semua bergerak ke hadapan di abad ke-21 ini,” ucap Shoda.

Pameran seni ini dirancang untuk diadakan secara berterusan dan turut menampilkan hasil karya-karya seni daripada pelukis-pelukis kontemporari berbakat dari seluruh dunia
Pameran seni ini dirancang untuk diadakan secara berterusan dan turut menampilkan hasil karya-karya seni daripada pelukis-pelukis kontemporari berbakat dari seluruh dunia

Pengasas Art Intelligence Global (AIG), Yuki Terasa berkata, pihak mereka teruja bekerjasama dengan Onitsuka Tiger. 

“Bagi kerjasama jangka panjang ini, Tiger Gallery melangkaui skop kerjasama antara jenama dan pelukis. Ia meletakkan sasaran dalam memberikan perhatian global kepada para pelukis ini. Pameran seni ini dikendalikan Jack Eisenberg, pengarah program artis kami,” kata Terasa.

Sementara itu, Pengarah Program Artis, Jack Eisenberg pula berkata, pameran ini merupakan satu penghormatan kepada Art Intelligence Global untuk berkolaborasi bersama Onitsuka Tiger.

“Visi dan minat Onitsuka Tiger terhadap pelukis kontemporari mencerminkan bagaimana kami di AIG melihat masa hadapan dunia seni yang semakin berkembang,” akhiri Eisenberg. – Getaran, 10 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh