Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dongfeng Perkenal 2 Model Kenderaan Terbaharu Dengan Kuasa 1,000HP

Mengshi mampu memecut sehingga 100 km/j dalam 4.2 saat dan mempunyai reka bentuk yang bergaya, menarik dan garang.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2022 4:00PM

Dongfeng Gambar telah melancarkan dua model pacuan empat roda yang dinamakan, Mengshi. - Gambar dari carnewschina.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat pengeluar kereta Dongfeng dari China telah melancarkan dua model pacuan empat roda kategori jalan lasak (off-road) yang dinamakan, Mengshi (Warrior).

Secara dasarnya, Mengshi (Warrior) ini adalah barisan kategori kenderaan berkonsepkan ketenteraan. Pada 2021, Dongfeng telah melancarkan model Warrior M50 sebagai trak untuk mengangkut orang awam dengan pemasangan enjin 4.0 liter turbo enjin diesel yang berharga 97,200 USD, lapor carnewschina.com.

Hari ini mereka memperkenalkan semula kenderaaan yang sama dengan penjenamaan baharu atas satu entiti tunggal dengan nama Mengshi.

Malah semasa pembentangan di majlis pelancaran ini dilaksanakan, perkataan Mengshi dilihat sebagai nama yang bertaraf antarabangsa apabila tidak dinyatakan di dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, jika sebelum ini ia dipanggil sebagai ‘Warrior’, kini mereka mengekalkan dengan penggunaan nama ‘Mengshi’ dengan logo huruf M tertera pada lambang kenderaan ini sebagai nama rasmi. Jadi ia boleh juga boleh membawa maksud ‘Military’, ‘Marvelous’, ‘Mission’ dan ‘Mengshi’.

Mengshi telah dilancarkan dalam dua jenis model iaitu Mengshi ‘M-Terrain’ (SUV) dan ‘M-Terrain S’ (Trak Angkut). Kenderaan ini dijangka akan dilancarkan di China pada 2023.

Teknologi pintar kenderaan off-road yang digunakan oleh kenderaan ini ialah hasil gabungan daripada platform ‘MORA’, sistem jalan lasak ‘MATS’ dan rangkaian kuasa ‘Mega Power’.

Malah, ia memiliki sembilan mod pemanduan mengikut keadaan dan kesesuaian keadaan jalan yang dilalui dengan radius putaran kemudi sehingga 5.1 meter. Penggantungan udara (suspension) pula mampu dilaraskan sehingga 105mm.

Dengan  memiliki kuasa kuda lebih 1,000HP, Mengshi mampu memecut sehingga 100 km/j dalam 4.2 saat. Oleh itu selepas pandu uji dilakukan, kedua-dua model ini dilihat sebagai kenderaan yang mempunyai reka bentuk yang bergaya, menarik dan garang.

Bagi spesifikasi rekaan model M-Terrain SUV, ia menampilkan reka bentuk lurus dengan bucu tajam dihujung permukaan. Bahagian lampu hadapannya pula agak kecil namun ia dipasangkan bumper yang besar dengan jeriji besi serta logo Mengshi ditengahnya.

Di bahagian sisinya pula, ia memiliki gerbang tayar jenis off-road yang lebar berserta pemegang pintu jenis ‘flush’ termasuklah bahagian tayar simpanan di bahagia belakang pintu kenderaan. Dimensi yang tepat masih tidak dapat dikenal pasti namun anggaran panjangnya dijangkakan dalam 5.2 meter.

Beralih pula kepada model M-Terrain S, ia adalah kenderaan jenis trak angkut. M-Terrain S direka dengan pemasangan dua pintu dan dua baris tempat duduk dikenal pasti.

Manakala bagi M-Terrain pula tidak dapat dikenal pasti namun terdapat beberapa dokumen bocor dilaporkan. Menurut laporan tersebut, kenderaan ini terdiri daripada versi kenderaan elektrik(EV) dan kenderaan elektrik jarak jauh (EREV).

Salah satu ciri-cirinya jana kuasa yang dihasilkan mencecah 800kW (1,070hp) dan memiliki bateri sebanyak 140-kWh dalam kadar jarak sejauh 500 KM. Pecutan daripada angka sifar hingga 100 dicatatkan mengambil masa kurang daripada lima saat.

Manakala bagi versi EREV, puncak kuasa yang digunakan hanya mencecah sehingga 600 kW(816 hp) sahaja dan memiliki bateri 65.88 kWh untuk jarak 800 KM (termasuk jarak yang dipanjangkan). - Getaran, 3 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Sorotan

1

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

2

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

3

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

4

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

5

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara